Wednesday, February 14, 2018

Tiga Datuk ditahan terlibat sindiket forex

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki bergelar Datuk dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan forex atau dikenali sebagai Fx United yang membabitkan kerugian bernilai RM6.2 juta.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komerisal (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam empat serbuan serentak di sekitar ibu negara, Ahad lalu.
 
“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas beberapa barangan mewah iaitu 13 kereta pelbagai jenis, tiga buah motosikal, 10 ketul emas dan pelbagai jam serta beg tangan berjenama," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238 di sini hari ini.
 
Dalam pada itu ujarnya, sebanyak 116 laporan polis diterima dan 30 kertas siasatan dibuka berkaitan sindiket berkenaan.
 
"Bagaimanapun, kita jangka lebih 70,000 individu telah menjadi mangsa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion,” katanya.
 
 

No comments: