Friday, February 16, 2018

SKMM arah dua portal turunkan artikel

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dua laman berita atas talian diarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menurunkan beberapa artikel yang didakwa melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Melalui surat SKMM bertarikh 15 Februari, dua laman berkenaan adalah Malaysia Today dan The Malaysian Insight.
 
SKMM mengarahkan Malaysia Today menurunkan artikel yang disiarkan pada 11 Februari bertajuk "First Lady AGC Walking The Path of Grace Mugabe".
 
The Star Online melaporkan, artikel berkenaan dipercayai merujuk kepada Faridah Bagum, isteri Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap Malaysia Today.
 
Surat berkenaan turut menyatakan bahawa SKMM telah menerima aduan awam berkenaan artikel itu dan Malaysia Today diarah memadamkan artikel berkenaan sebelum jam 4.00 petang tadi.
 
Sementara itu, The Malaysian Insight pula diarah menurunkan tujuh artikel. 
 
Kesemua lapan artikel dari dua portal berkenaan dipercayai melaporkan berkenaan isu semasa dan politik tempatan yang kritikal terhadap parti politik dan pemimpin tertentu.
 
SKMM turut mengingatkan agar portal berkenaan lebih prihatin dalam memastikan artikel yang diterbitkan tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia.
 
 

No comments: