SERDANG: Pusat Wanita
Berdaya (PWB) Dun Bangi menganjurkan Bengkel Bisnes Online Orang Kurang
Upaya (OKU) untuk membantu mereka menjana pendapatan dari rumah.
Bengkel tersebut anjuran bersama
Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Pusat Khidmat Adun Bangi dan Masjid
Hasanah mendedah cara pemasaran produk menggunakan Facebook dan
Instagram.
Golongan OKU yang hadir terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, fizikal dan autisme.
Bengkel itu mendapat sambutan menggalakkan kerana turut dihadiri OKU dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut Pengerusi Persatuan OKU Berdaya
Hulu Langat, Syed Mohamed Abdullah, objektif utama bengkel tersebut
diadakan untuk meningkatkan kemahiran OKU dalam bidang IT. -HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment