OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH
ALAM: Nasib peneroka tanah di mukim Ijok terus dibela apabila
Kerajaan Negeri memberi pampasan RM180,000 dan rumah bernilai
sekurang-kurangnya RM400,000.
Pengarah Komunikasi Strategik
Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong berkata, Dato’ Menteri Besar,
Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, amat mementingkan pembelaan peneroka
tanah, di kawasan itu.
“Masalah
berkenaan sebenarnya timbul ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN)
iaitu peneroka menunggu selama 18 tahun untuk memperoleh keadilan.
“Walaupun
tanah itu diberi kebenaran untuk dirampas dalam keputusan Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun Kerajaan Negeri perlu membayar
pampasan sehingga ratusan juta ringgit kepada dua syarikat
“Masalah
itu yang diwarisi Azmin kini berjaya diselesaikan apabila beliau
menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion
dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman,”
katanya dalam kenyataan.
Shao Loong berkata, tindakan segera Azmin menyelesaikannya adalah prinsip keadilan sosial dan peduli rakyat Kerajaan Negeri.
“Berbeza
dengan BN yang ‘menghadiahkan’ tanah seluas 3,200 ekar di Ijok dengan
harga murah kepada syarikat kroni serta mengabai nasib peneroka.
“Tindakan
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan,
mempersoalkan langkah Kerajaan Negeri jelas menunjukkan pemimpin BN itu
dangkal, tidak faham fakta dan tidak memahami latar kes mahkamah
berhubung isu tanah, di Ijok,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan
Abdul Rahman juga jelas menunjukkan UMNO dan BN panik kerana Mohamed
Azmin berjaya menyelesaikan masalah peneroka tanah terbabit hanya dalam
tempoh empat tahun, berbanding pengurusan FELDA oleh BN yang semakin
tenggelam dengan penyelewengan.
No comments:
Post a Comment