OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH
ALAM: Majlis Daerah Kuala Selangor mensasarkan perolehan
kutipan RM1 juta hasil prospek pelancongan di daerah itu, pada tahun
ini.
Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan itu, Azman Dahlan optimis
sasaran berkenaan mampu dicapai berdasarkan peningkatan pelancong ke
daerah itu, sejak 2016.
“Kita menerima kemasukan pelancong seramai 80,000, pada 2016 dan jumlah itu meningkat kepada 84,000 tahun lalu.
“Justeru,
tahun ini kami mensasarkan jumlah ini akan bertambah kepada 100,000
dengan pendapatan RM1 juta mampu diraih,” katanya kepada SelangorKini di
Kampung Kuantan, semalam.
Kuala Selangor adalah destinasi
pelancongan terkemuka yang menawarkan beberapa tarikan terbaik meliputi
aspek pelancongan hijau, di Selangor.
Antara destinasi tumpuan di
daerah itu termasuk Eaglel Feeding di Pasir Penambang, Kelip-Kelip di
Kampung Kuantan, Taman Alam Kuala Selangor dan Pantai Remis Sungai
Sembilang, Jeram.
Di peringkat Kerajaan Negeri, enam pelan
strategik dirangka bagi meningkatkan industri pelancongan negeri dari
dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment