GEORGTOWN: Polis telah menyerahkan mayat amah warga Indonesia, Adelina
Lisao kepada Pejabat Konsulat Indonesia di negeri ini, pagi tadi.
Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, penyerahan telah
dilakukan pukul 9 pagi tadi untuk urusan penghantaran pulang ke kampung
halamannya di Nusa Tenggara Timur.
Pada masa sama, Thaiveegan berkata, polis kini sedang menunggu laporan
lengkap bedah siasat oleh pakar bagi mengesahkan punca kematian amah
tersebut.
“Oleh itu, polis meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang
spekulasi termasuk dakwaan mangsa juga disimbah asid seperti dilaporkan
media Indonesia,” katanya dipetik Utusan Online.
Adelina, 28, meninggal dunia pada Ahad lalu dipercayai akibat didera majikannya di Taman Kota Permai 2, di sini.
Amah itu mengalami kecederaan parah, termasuk luka dan lebam di badan,
mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada 4.45 petang Ahad dan
mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Susulan itu, polis menahan dua adik beradik yang merupakan majikannya
termasuk ibu mereka berusia 60 tahun untuk siasatan lanjut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment