Saturday, February 3, 2018
Amanah Mula Kempen Pakatan Harapan Tanpa Azmin !
Selepas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Izham Hashim melabel Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘badut’ dan ‘tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor’, satu kempen memperkasakan Pakatan Harapan (PH) tanpa Azmin dilancarkan.
“Menuju PH tanpa Azmin. #SelangorMBBaru
“In shaa Allah,” kempen Facebook Parti Islam Amanah Negara.
Menurut The Malaysian Insight, isu pembahagian kerusi PH Selangor telah menyebabkan PKR dan Amanah di peringkat negeri kepanasan dengan dakwaan “pembohong bertingkat-tingkat”
“Siapa yang pembohong sebenarnya, kami Amanah, DAP dan Bersatu atau Azmin sendiri,” kata Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim, ketika PH terpaksa melanjutkan tempoh akhir pembahagian kerusi peringkat negeri dari 31 Januari ke 7 Februari ini.
Izham membela kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani yang berkata sehingga kini mesyuarat pembahagian kerusi di negeri itu belum bermula lagi.
Ini kerana, tuntutan mereka agar satu jawatankuasa khas dibentuk untuk pembahagian kerusi tidak diendahkan oleh Pengerusi PH Selangor yang juga menteri besar Azmin Ali.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru yang menyebut satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk merundingkan pembahagian kerusi di negeri itu.
Namun hari ini, Azmin menolaknya dengan berkata, jawatankuasa yang ada akan kekal hanya bertukar nama sahaja.
Azmin mendakwa Amanah berbohong apabila berkata rundingan kerusi belum berjalan sedangkan katanya sudah empat kali rundingan berlangsung di Selangor.
Jamzuri hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan berkata, DAP turut menyokong kenyataan beliau.
“Kenyataan saya berkenaan proses rundingan kerusi PH Selangor adalah benar dan ianya telah disahkan oleh pengerusi DAP Selangor dalam kenyataan yang disiarkan The Malaysian Insight,” tulis Jamzuri dalam kenyataannya di Facebook.
Bagi Izham, Azmin sebenarnya yang berbohong. Ia dibuktikan oleh kenyataan DAP yang turut menyokong kenyataan Amanah sebelum ini.
“Dia sebenarnya berbohong. Takkan tiga parti lain berbohong apabila mereka sepakat sedangkan Azmin saja yang berbeza. Ini macam bawa perangai Umno dalam PH ni,” kata Izham merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, yang menyokong kenyataan Amanah sebelum ini.
Katanya, yang empat kali adalah mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor yang membincangkan tentang persiapan pilihan raya bukan pembahagian kerusi.
Amanah telah menulis surat kepada Azmin untuk membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan pembahagian kerusi itu, namun tidak dilayan.
Menurut sumber, perundingan kerusi di Selangor bermasalah apabila PKR mahu bertanding kesemua 21 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang.
Sedangkan di kalangan Amanah, DAP dan Bersatu sudah dicapai kata sepakat tentang cara pembahagian kerusi itu.
Dalam pembahagian itu, kesemua 20 kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU13 akan dikongsi antara Amanah dan Bersatu, manakala DAP akan kekal di 15 kerusi yang ditandinginya sebelum ini.
Bersatu juga akan mendapatkan sebahagian kerusi PKR yang dimenangi oleh Umno dalam PRU 13 lalu. Umno menang 12 kerusi negeri dalam PRU13 lalu di Selangor.
“Azmin juga memberitahu seorang pemimpin Bersatu, PKR mahu bertanding di Parlimen Shah Alam dan juga Hulu Langat yang telah diserahkan kepada Amanah dalam pembahagian kerusi parlimen sebelum ini,” kata sumber itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment