IPOH: ADUN Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan yang dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Selasa lalu
ekoran mengalami masalah hipertensi, kini stabil selepas menjalani
pembedahan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menziarahi wakil
rakyat PAS itu hari ini berkata, Mohd Zawawi sedang menjalani proses
pemulihan.
“Alhamdulillah saya dimaklumkan oleh doktor bahawa beliau stabil dan
sedang menjalani proses yang perlu dilakukan. Bersama-samalah kita
mendoakan beliau kembali pulih.
“Saya juga telah berjumpa dengan ahli keluarganya, memberi kata-kata
perangsang supaya bersabar menghadapi cabaran ini,” katanya dipetik
Utusan Online.
Zambry meluangkan masa 30 minit melawat Mohd Zawawi yang masih tidak sedarkan diri.
Mohd Zawawi dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di dalam
bilik air di kediamannya dipercayai akibat hipertensi pada Selasa lalu.
Mohd Zawawi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak segera dikejarkan ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB.
No comments:
Post a Comment