KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur akan
dijadualkan semula selepas ia semalam terpaksa berpatah balik ke
Lapangan Terbang London Heathrow disebabkan masalah sistem bekalan air
di dalam pesawat.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, penerbangan MH1
berpatah balik kira-kira sejam setelah berlepas untuk penerbangan selama
12 jam ke Kuala Lumpur.
Masalah berkenaan diatasi oleh jurutera sebaik pesawat Airbus A380 itu mendarat, kata syarikat penerbangan tersebut.
“Disebabkan peraturan lapangan terbang dan kekangan tempoh tugas kru
penerbangan, waktu berlepas MH1 dijadualkan semula dan akan dimaklumkan
kemudian,” katanya.
Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada penumpang atas
kesulitan yang timbul dan berkata ia akan membantu menempah semula
penerbangan untuk penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan dari
Kuala Lumpur.
Syarikat penerbangan itu berkata penumpang disediakan penginapan di hotel berhampiran Lapangan Terbang London Heathrow.
No comments:
Post a Comment