BUKIT MERTAJAM: Lapan pekerja kilang maut selepas dua bas pekerja terlibat kemalangan di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan.
"Setakat ini dipercayai lapan pekerja meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya dipetik Utusan Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau
Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata siasatan awal mendapati nahas
dipercayai berpunca daripada sebuah bas yang mengalami kerosakan di
tengah jalan, sebelum dirempuh bas kilang lain dan sebuah van pekerja.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi tadi.
"Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati ada tiga mangsa tersepit dan
lapan wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu ketiga-tiga kenderaan cedera ringan, katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
No comments:
Post a Comment