KUALA LUMPUR: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang didakwa
cuba disogok wang oleh lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang mengasari
mereka perlu melaporkan hal itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, ini bagi membolehkan SPRM dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka
ditawarkan RM10,000 setiap seorang bagi menutup kes berkenaan.
"Saya dimaklumkan perkara ini oleh Ketua Pengarah RELA. Kementerian
Dalam Negeri mendukung (penuh) supaya siasatan rapi dilakukan PDRM dan
SPRM terhadap dua kes berbeza untuk memberi pengajaran bahawa dalam
seseorang itu menerima anugerah tinggi dalam usia agak rendah (muda),
penerima harus tahu status sosial mereka.
"Jika hendak dihormati, mereka perlu menghormati orang lain sebelum
memaksa orang lain hormati mereka," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri
Dalam Negeri, pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Kerangka
Standard Bahasa Melayu 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu, Lembah Pantai di sini, Selasa.
Dalam kejadian Jumaat lepas, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun
Khai,19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera
selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki bergelar 'Datuk Seri' itu.
No comments:
Post a Comment