LUMUT: Mahkamah Majistret Seri Manjung menetapkan 12 Disember ini
sebagai tarikh sebutan semua kes empat anggota Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) yang didakwa atas 13 pertuduhan melibatkan kesalahan
menyebabkan kecederaan serta melakukan ugutan jenayah terhadap anggota
pasukan itu di Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan bulan
lalu.
Majistret Nur Shaqira Ibrahim menetapkan tarikh berkenaan selepas
membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim untuk
tarikh lain sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Empat tertuduh ialah Mohd. Izhrifikri Roslee, 29; Hamzah Zakaria@Ali, 35; Mohd. Farid Musa, 32 dan Saifulnizam Razaly, 37.
Kesemua tertuduh merupakan pengawal pusat tahanan dan berjawatan Laskar Kanan TLDM.
Pada 13 dan 17 Oktober lalu, keempat-empat tertuduh mengaku tidak
bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dilakukan mereka terhadap empat
tahanan di Sungai Wangi.
Akibat perbuatan mereka, dua daripada tahanan itu, Nik Muhammad Baihaqy
Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailaltuiman Mohd. Sukri, 26, kedua-duanya
berpangkat Laskar Kelas 1 meninggal dunia, 29 September lalu.
Sementara itu dua lagi tahanan yang berpangkat Laskar Kelas 1 berusia
30 tahun, cedera dipercayai didera di pusat tahanan sama dan dirawat di
bilik khas di Wad Pembedahan Lelaki, 96 Hospital Angkatan Tentera.
No comments:
Post a Comment