MIRI: Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dan bapanya, Jaraiee
Marhaban melecur manakala lima lagi ahli keluarga lain selamat selepas
kediaman mereka di Kampung Luak Bay di sini terbakar awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu mengakibatkan sebuah rumah jenis
struktur separuh kekal dua tingkat musnah terbakar kira-kira 60 peratus.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, seramai 18
anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan BBP Lopeng
dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak dan penghuni kediaman itu telah menyelamatkan diri.
“Operasi memadam kebakaran terkawal sepenuhnya pada pukul 3.40 pagi.
Dua mangsa yang melecur pada kaki dan tangannya kemudian diberi rawatan
sebelum dihantar ke Hospital Miri,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari
ini.
No comments:
Post a Comment