KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki kerana terlibat dalam
pergaduhan dipercayai akibat salah faham membabitkan kemalangan di
Lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IOI Mall, Puchong semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu, anggota polis dari Unit
Kereta Peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat
mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton
Satria Neo.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata
apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis meminta kedua-dua
pemandu dan penumpang kereta bersurai namun mereka enggan mematuhi
arahan pihak polis.
“Kemudian pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam
keretanya dan mengundurkan kereta dengan laju seterusnya melanggar
kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Megat Mohd Aminuddin berkata semua suspek berusia 40-an itu dibawa ke
Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment