shahbudindotcom
Ramai kini bingung dan tertanya-tanya berhubung langkah Pejabat Peguam Negara menubukan pasukan petugas khas bagi memantau siasatan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Peguam
Negara dalam pengumumannya berkata, pasukan petugas khas itu ditubuhkan
pada 16 Oktober lalu dengan tujuan untuk memantau dengan teliti
siasatan polis berhubung dakwaan salah laku Dzulkifli di bawah Seksyen
498 Kanun Keseksaan iaitu memikat wanita yang sudah bersuami dengan niat
untuk melakukan persetubuhan haram.
Serentak dengan itu, Apandi menasihatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.
Dengan
kata lain, jika sebelum ini Ketua Polis Negara, Mohamad Puzi Harun ada
mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung siasatan terhadap Dzulkifli,
mulai hari ini beliau tidak boleh lagi berbuat demikian.
Dengan langkah menubuhkan pasukan petugas khas itu, di mana sebenarnya kewajaran ia dilakukan?
Apakah
pihak polis tidak lagi dipercayai dalam melaksanakan tugasnya
menjalankan siasatan sedangkan sudah sekian banyak kes-kes besar
sebelum ini dapat mereka selesaikan dengan jayanya?
Kenapa dalam kes Dzulkifli ini pihak polis tidak diberikan kebebasan menjalankan siasatan dan melaksanakan tugas mereka?
Apakah
amalan biasa sebarang siasatan polis perlu dipantau oleh pasukan
petugas khas, lebih-lebih lagi dalam kes yang hanya melibatkan jenayah
biasa di bawah kesalahan Kanun Keseksaan?
Siapakah pula yang dilantik menganggotai pasukan petugas khas tersebut?
No comments:
Post a Comment