OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mendedahkan
bahawa anaknya, Aisy Mateen sudahpun mendaftar dengan Tabung Warisan
Anak Selangor (TAWAS).
Menerusi Facebook rasmi si cilik itu, beliau bekongsi keistimewaan anak Selangor yang menyertai skim berkenaan.
“Mateen senyum sebab ibu dan ayah dah daftar Tawas Smart Selangor untuk Mateen.
“Dapat RM1,500 untuk bayi yang lahir di Selangor #SmileSelangor,” katanya.
Pada
masa sama, status berkenaan melayakkannya menyertai Pertandingan Foto
#SmileSelangor yang mula dibuka bermula 1 hingga 14 September ini.
Terdahulu, bintang drama, Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle
turut menyeru peminatnya menyertai #SmileSelangor untuk merebut hadiah
utama wang tunai RM1,000.
Setiap gambar disyaratkan untuk ‘tag’ media sosial rasmi Smart
Selangor di Facebook atau Instagram beserta ‘hashtag’ #SmileSelangor dan
#SmartSelangor.
Sementara itu, untuk pendaftaran TAWAS, orang ramai boleh ke laman web tawas.org.my atau ke Pusat Khidmat Dun masing-masing.
Sejak dibuka pada 2008, TAWAS menerima lebih 320,000 permohonan dan meluluskan 280,246 daripadanya.
Ahli TAWAS bakal menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun dan
jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia berkenaan, ia akan
diberikan kepada warisnya.=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan