Selasa, 26 September 2017

Bibi Ramjani guna duit sendiri bayar tunggakan gaji pemain TRW

Wartawan MalaysiaGazette
Bibi Ramjani Illias Khan


KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan menunaikan janjinya melunaskan tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW) bagi bulan Julai dan Ogos menggunakan wang sakunya sendiri hari ini.

Bagaimanapun Bibi Ramjani tidak mengumumkan jumlah dana yang dikeluarkannya namun difahamkan sekitar RM1 juta.

“Apa yang boleh saya katakan setakat hari ini, tiada lagi tunggakan gaji barisan pemain dan pengurusan pasukan bagi tahun 2017.

“Sebagai Presiden KAFA, saya sudah jalankan amanah dengan melunaskan gaji.

“Jadi saya minta pemain pula memberikan kemenangan pada pertemuan dengan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, fokus utama barisan kepemimpinan baharu persatuan itu adalah mengelak daripada jatuh ke Liga Perdana pada musim depan.

Kelantan kini sedang bergelut di tangga ketiga terbawah liga dan dibezakan satu mata dengan Sarawak.

TRW tiada pilihan lain kecuali menang dengan PKNS FC Rabu ini jika tidak mahu tergelincir ke Liga Perdana.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: