Rabu, 27 September 2017

Enam suspek bakar tahfiz didakwa esok

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Enam daripada tujuh suspek yang ditahan kerana dipercayai mengakibatkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung pada 14 September lalu dijangka dibawa ke mahkamah esok bagi tujuan pendakwaan.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hanya sebahagian daripada suspek tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Ujarnya, sebahagian lagi akan didakwa di bawah penyalahgunaan dadah dan menjadi saksi bagi kes tersebut.
 
Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi 14 September itu, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan terkorban.
 
Susulan kejadian itu polis menahan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun yang disyaki mendalangi perbuatan itu kurang 48 jam selepas kejadian.
 
 
 
Polis mengesahkan kebakaran tersebut dilakukan oleh suspek atas motif balas dendam.

Tiada ulasan: