Jumaat, 29 September 2017

Richard Riot beri keterangan kepada SPRM

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Susulan penahanan Setiausaha Politik kepada seorang menteri kabinet semalam, hari ini menteri berkenaan Datuk Seri Richard Riot tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan.
 
Beliau yang merupakan Menteri Sumber Manusia, hadir dipercayai berkaitan penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau yang tiba pada pukul 10.03 pagi kemudian memasuki pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.
 
Semalam, Setiausaha Politik beliau direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk PTPK.
 
Suspek berusia 61 tahun itu dengan gelaran "Datuk" dipercayai adalah anggota SUPP. Beliau dikatakan telah berkhidmat sebagai pembantu menteri sejak 1 Jun 2013.
 
Sebelum ini, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman sejak 14 September lalu.
 
Tiga pegawai PTPK dan seorang pengarah syarikat disyaki terlibat menyalahgunakan kedudukan dan menyeleweng wang peruntukan program latihan kemahiran bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
 
Siasatan awal SPRM mendapati pada tahun 2016, salah seorang suspek disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pula pada tahun ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan RM40 juta


Tiada ulasan: