ALOR SETAR: Seorang remaja ditemukan mati lemas di sebuah kolam terbiar
berhampiran sebuah perumah di Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani,
petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Mohammad Nor
Faizal Osman, 19, yang merupakan OKU masalah pembelajaran dikatakan
tergelincir ke dalam kolam itu ketika mahu mengambil gambar swafoto
bersama lima rakannya.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani,
Penguasa Bomba II, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan
berhubung kejadian pada pukul 5.21 petang.
"Mayat remaja itu ditemukan berhampiran lokasi dia terjatuh selepas
kira-kira 10 minit melakukan operasi mencari mangsa," katanya di sini
hari ini.
Dalam pada itu menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda,
Superintenden Saifi Abdul Hamid, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut
dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH) di sini
untuk dibedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan