Memaparkan catatan dengan label HIBURAN/ PERSONALITI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HIBURAN/ PERSONALITI. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2020

Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia

Bernama
MGF08042018_Anugerah-Meletop-Era-2018_15-681x454
Neelofa. foto IQBAL BASRI,

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara TV Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos, 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos, 2020.

Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017. – Bernama

Khamis, 6 Ogos 2020

Yusof Kelana makin tenat akibat kanser kulit tahap empat

Pengarah dan penerbit veteran, Yusof Kelana yang mengidap kanser kulit tahap empat sedang kritikal di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Menurut Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Jurey Latiff Rosli, keadaan sahabat baiknya itu semakin merosot dan perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan.

“Dia jatuh pengsan pada 2 Ogos lalu disebabkan tidak makan selama dua hari. Dia kemudian dimasukkan ke hospital oleh anggota keluarganya.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan Yusof tak sedarkan diri sejak Selasa akibat kanser yang sudah merebak ke bahagian otak.

“Dia juga dah tak boleh bernafas sendiri. Berkemungkinan besar, dia akan dibawa pulang ke rumah esok,” katanya kepada Malaysiakini.

Jurey berkata, dia hanya mengetahui pengarah filem Tragedi Oktober itu disahkan mengidap kanser pada Jun lalu.

Katanya, tanda-tanda awal Yusof, 66, mengidap kanser ialah selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki.

“Dah lama dia mengidap luka berkenaan yang disangkanya akibat penyakit kencing manis, cuma Yusof tak pernah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Dia hanya berulang-alik ke klinik dan farmasi untuk mengubati luka tersebut. Selepas buat imbasan, baru dapat tahu yang dia mengidap kanser kulit tahap empat,” katanya.

Yusof yang juga pemilik YKS Film Maker itu baru selesai menyiapkan penggambaran dokumentari Bisikan Dari Kota Pusaka sebanyak 13 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia.

Terdahulu, dimasukkan ke hospital selama 10 hari pada penghujung Jun lalu.

Selain Tragedi Oktober, Yusof juga mengarahkan filem Bidong: The Boat People (2018) dan juga bertindak selaku penerbit bagi Mahathir: The Journey.

Selasa, 4 Ogos 2020

Tempahan e-hailing bongkar pembunuhan pensyarah

Samadi Ahmad

SUSPEK yang dipercayai membunuh isterinya dibawa ke lombong di Taman Putra Perdana, Sepang bagi membantu mencari telefon bimbit yang dibuang. FOTO Mohd Fadli Hamzah.

TEMPAHAN perkhidmatan e-hailing terus ke lokasi kejadian membongkar kejadian pembunuhan pensyarah yang dijerut dengan tudung di dalam sebuah kereta berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, di Sepang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, berdasarkan rekod, suspek yang juga suami mangsa membuat tempahan perkhidmatan e-hailing terus ke lokasi kejadian.

"Sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibunuh.

"Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner, Zulkifli Adamshah dan Asisten Komisioner, Imran Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pada majlis itu, Zulkifli dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Polis Selangor dan Imran sebagai Ketua Polis IPD KLIA.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Roshafizah Abd Halim.

Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Khamis lalu, pensyarah dan kakitangan Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman ditemui meninggal dunia di dalam kereta akibat dijerut dengan tudung.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek juga membuat helah mencari mangsa bersama anak perempuannya kononnya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan daripada anak tunggal pasangan itu berumur 14 tahun, 31 Julai lalu.

"Polis juga sudah mengenalpasti seorang wanita berasal dari Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan kait dengan suspek bagi membantu siasatan," katanya

Sementara itu, Noor Azam berkata, polis sudah mengenal pasti motif utama pembunuhan itu, namun pihaknya enggan mendedahkan butiran selanjutnya.

"Dengan penahanan suspek, kes ini sudah selesai dan akan disiasat mengikut Akta 302 Kanun Keseksaan," katanya

Sabtu, 27 Jun 2020

Terima kasih kerana sayang kami sekeluarga – Isteri Eow Jin

Shawaliah Hadir
MGF26062020_YKAT-MELAWAT-KOMPOSER-DAN-PEMUZIK_26-681x454
Isteri, Datin Khaw Lean Kee bersama suaminya yang merupakan bekas
komposer dan pemuzik terkenal tanahair Datuk Ooi Eow Jin, 84, ketika
menerima bantuan dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di
rumahnya Taman Sea, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – “Saya hanya ada anak lelaki yang menghidap sakit tumor otak, tidak ada lagi anak lain yang mampu menjaga kami tiga sekeluarga,”.

Itu kata-kata yang terbit dari bibir isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin iaitu Datin Khaw Lean Kee.

Menjaga suami yang sudah uzur dan anak lelakinya yang juga terlantar puluhan tahun membuatkan wanita 80-an itu tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ‘wanita besi’.

MGF26062020_YKAT-MELAWAT-KOMPOSER-DAN-PEMUZIK_16-1024x681
Isteri, Datin Khaw Lean Kee bercakap dengan media selepas
menerima bantuan kepada suaminya yang merupakan bekas
komposer dan pemuzik terkenal tanahair Datuk Ooi Eow Jin,
84, ketika di rumahnya Taman Sea, Petaling Jaya. foto
MOHD ADZLAN

Namun dalam kepayahan yang dihadapinya, beliau bersyukur kerana ramai yang menyayang keluarganya dengan menghulurkan bantuan kewangan.

“Hari ini saya mahu ucap terima kasih kepada semua, yang membantu kami. Tiga tahun ini, setiap hari kami lebih tenang tidak seperti sebelum ini kerana ramai membantu kami.

“Saya hanya ada seorang anak lelaki sekarang tiada anak yang akan menjaga kami. Tapi saya bertuah ramai orang sayang saya dan suami,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ziarah oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Datuk Dj Dave.

Beliau tidak mempunyai sanak saudara yang lain, malah tidak mempunyai sumber pendapatan lain tidak menyangka nmereka sekeluarga mendapat perhatian masyarakat yang sangat prihatin.

Terdahulu beliau dilaporkan memerlukan dana RM65,000 untuk menanggung kos pembedahan tumor otak yang dihadapi anak lelakinya, Raymond.

Pembedahan tersebut dijangka berlangsung pada 29 Jun ini.

Bagaimanapun, Lean Kee tidak menyangka, sumbangan orang ramai sudah mencecah RM100,000 hanya dalam bebeapa hari sahaja.

Justeru beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kepadanya tiga beranak.

Tidak meminta lebih, Khaw pada saat ini memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar mereka sekeluarga sentiasa dalam keadaan sejahtera.

Eow Jin sedang berjuang melawan penyakit Alzheimer dan sudah tidak lagi sekuat dulu.

MGF26062020_YKAT-MELAWAT-KOMPOSER-DAN-PEMUZIK_11-1024x681
Bekas komposer dan pemuzik terkenal tanahair, Datuk Ooi
Eow Jin, 84, ketika ditemui di rumahnya selepas menerima
bantuan dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di
Taman Sea, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN

Komposer dan pemuzik terkenal itu lahir pada 3 Jun 1938, pernah bertugas bersama Orkestra RTM mulai tahun 1963 di RTM dan kemudiannya di TV3 pada 1986 sehingga 1999.

Eow Jin mencipta pelbagai lagu tema untuk program-program stesen televisyen  berkenaan. – MalaysiaGazette

Ahad, 21 Jun 2020

Pertubuhan Kasih Neelofa untuk bantu golongan memerlukan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF18072017_PENLANCARAN-NEELOFAR-HIJAB141-681x454
Neelofa Mohd Noor

KUALA LUMPUR- Impian pengacara Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan akhirnya tercapai selepas beberapa tahun.

Menamakannya sebagai Pertubuhan Kasih Neelofa, ia merupakan platform untuk pengacara yang juga usahawan terkenal itu mendalami masalah masyarakat yang susah.

“Sejujurnya, saya sudah lama berhajat membangunkan pertubuhan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa membabitkan saya secara keseluruhan.

“Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan mendalami masalah dihadapi oleh masyarakat,” katanya.

Katanya, tiga teras utama yang diberi perhatian dalam Pertubuhan Kasih Neelofa adalah keagamaan, kemasyarakatan dan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik.

“Teras keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan keagamaan. Bagi teras kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan sukarelawan.

“Bagi teras bantuan untuk golongan kurang bernasib baik pula, kami fokus kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.

“Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan mendengar keluhan serta masalah mereka. Kemudiannya, kami cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti amal,” katanya dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia turut menubuhkan syarikat Kasih Neelofa Resources, entiti yang akan menjana pendapatan  untuk pertubuhan itu bergerak.

Bersempena Aidiladha yang bakal menjelang, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama akan dilancarkan di bawah pertubuhan tersebut dengan memberi peluang kepada individu  melaksanakan ibadat korban dengan mudah, selain memberi ilmu pengetahuan kepada orang ramai.

“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadat korban. Kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai mengenai kepentingan dan kebaikan ibadat korban,”tambahnya dipetik sebagai berkata.

Beliau berharap agar niatnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofa akan mendapat respon positif daripada masyarakat.-MalaysiaGazette

Jumaat, 19 Jun 2020

Kisah saya dan arwah ‘Belalang’

Syahril A. Kadir

1929830_14124293070_2126_n

KALAU sebut sahaja nama Bat Latiff, saya berani jamin tak ramai anak-anak muda sekarang mengenali atau tahu siapa figura yang saya sebutkan itu.

Namun sekiranya saya menyebut filem Nujum Pak Belalang, rasanya ramai yang pasti tersenyum sendiri.

Dalam filem tersebut, anda tentu perasan watak Belalang, anak kepada Pak Belalang (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) yang pintar dan lincah sehingga berjaya menjadikan bapanya itu ‘nujum istana’.

Kanak-kanak lelaki itulah Mohamad Ali H.A. Latiff atau lebih dikenali dengan nama Bat Latiff. Ketika berlakon dalam filem berkenaan, Bat baru berusia lapan tahun.

Cerita macam mana Bat ni boleh jadi pelakon memang menarik. Asalnya dia selalu pergi Studio Malay Film Production di Singapura kerana menjinjing beg solekan makciknya, Seniwati Datin Saadiah (Allahyarham) iaitu ibu kepada pelakon Fauziah Ahmad Daud.

Disebabkan terlalu nakal ketika berada di studio tersebut, arwah pelawak A.R Tompel menggelarkannya Jebat (Hang Jebat), itu yang boleh lekat nama Bat.

Suatu hari bila pengarah filem terkenal, Datuk Jamil Sulong (Allahyarham) bertanyakan sama ada dia berminat untuk berlakon filem atau tidak, Bat hanya menganggukkan kepala. Sejak itulah dia menjadi buruan pengarah filem di sana.

Walaupun lakonannya cukup hebat dalam filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1959 sehingga filem berkenaan memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia di Pesta Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960, namun rezeki Bat sebenarnya adalah pada filem Lela Manja apabila dia dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-5.

311710_10150387481303340_710803155_n

Bat sekali lagi membuat kejutan dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-7 pada tahun 1962 apabila dipilih kali kedua sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik melalui lakonannya yang cemerlang dalam filem, Gerhana.

Bat berhijrah dari Singapura ke Malaysia ketika umurnya mencecah awal 20an namun memilih untuk menjadi penari sepenuh masa dan banyak mengiringi persembahan artis-artis terkenal tanah air pada ketika itu.

Dipendekkan cerita, pada satu hari, lebih tepat pada 3 Mei 2005, saya kena bertugas di syif malam. Sebagai wartawan jenayah, saya kena ‘standby’ waktu-waktu sebegini sekiranya ada operasi polis atau kes-kes kecemasan.

Tiba-tiba saya dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat lelaki dewasa di sebuah pangsapuri di Desa Hillview Tower, Hulu Kelang, Selangor.

Apalagi kelam kabut saya dengan jurufoto bergegas ke sana menaiki kenderaan pacuan empat roda Misubishi Pajero milik syarikat.

Sesampainya kami di situ, suasa agak hening dan sunyi. Yang ada hanya dua buah kereta peronda polis. Tidak ada kilauan dan bunyi siren.

Mungkin anggota polis yang bertugas tidak mahu mengejutkan penghuni pangsapuri tersebut yang sedang lena, maklumlah jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi.

Tiba-tiba di sana saya terserempak dengan sahabat lama, Azizi Said. Saya mengenali Azizi kerana kami sama-sama pernah berlakon teater dengan arwah Khalid Salleh (Allahyarham) suatu ketika dulu.

Azizi ketika itu nampak resah ke sana dan ke sini sambil bercakap-cakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Bila nampak sahaja kelibat saya, kami berdua terus bersalaman.

“Syahril, abang Bat dah tak ada,” kata Azizi.

“Bat mana pulak ni?,” tanya saya terpinga-pinga kerana masih tidak tahu identiti mayat yang ditemui ketika itu.

“Bat Latiff…Belalang…Nujum Pak Belalang,” kata Azizi.

265915_10150242667808340_984195_o-615x1024

Menurut Azizi, dia adalah salah seorang teman baik Bat. Ujarnya, dia segera datang ke rumah Bat setelah seharian gagal menghubungi sahabat baiknya itu.

Sememangnya menurut Azizi, Bat mempunyai sejarah sakit jantung, kencing manis dan asma.

Daripada Azizi jugalah baru saya tahu yang Bat tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya dan tinggal sendirian di pangsapuri tersebut.

Polis kemudiannya mengesahkan yang Bat telah pun meninggal dunia sendirian ketika tubuhnya ditemui di ruang tamu. Usianya ketika itu 53 tahun.

Sejak itu setiap kali saya menonton filem Nujum Pak Belalang ataupun melalui kawasan perumahan tersebut, ingatan saya padanya pasti menerpa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham yang telah pun 15 tahun pergi meninggalkan kita semua.

sa

Negara sesungguhnya kehilangan sebutir permata seni yang berharga walaupun tak ramai mengetahui hari-hari akhir insan yang pernah dua kali dinobatkan pelakon terbaik di pentas antarabangsa ini.

Selamat jalan Bat Latiff.

AL FATIHAHMalaysia Gazette

Sabtu, 13 Jun 2020

Nizam Laksamana nekad jual muruku jika tak boleh menyanyi

Ridzuan Abdul Rahman

NIZAM Laksamana. FOTO Arkib NSTP

PENYANYI Nizam Laksamana memperoleh pelbagai pengalaman baru ketika memasarkan produk makanan muruku ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Nizam, 54, berkata, dia pernah tersentuh hati sehingga menitiskan air mata ketika melakukan penghantaran kepada segelintir pelanggan berikutan sikap mereka yang seolah-olah acuh tak acuh.

"Saya memang hantar sendiri pesanan yang dibuat pembeli. Kadang-kadang saya berhadapan dengan kejadian yang agak menyayat hati.

"Bayangkan apabila tiba di lokasi, panggilan saya tak dijawab, manakala mesej pun tak berbalas. Kemudian selepas 15 minit saya cuba hubungi dan hantar mesej lagi, namun keadaannya tetap sama.

"Saya seterusnya mesej beritahu nak beredar ke tempat lain. Selepas bergerak kira-kira 30 minit, barulah dia hubungi semula dan tanya pula kenapa saya tak hubungi dia?" katanya.

Nizam berkata, dia komited komited setiap kali dapat pesanan pelanggan. Jadi, dia tak kisah jika terpaksa meredah kesesakan jalan raya serta hujan lebat kerana mereka menunggu," katanya.

Menurutnya, sepanjang melakukan kerja-kerja ini, dia dapat merasai keperitan pekerja-pekerja penghantaran yang lain.

"Dugaan mereka lebih hebat kerana buat penghantaran dengan menunggang motosikal berbanding saya yang memandu kereta. Ini mengajar saya erti kehidupan," katanya.

Nizam berkata, dia amat bersyukur kerana produk muruku menjadi penyambung hayatnya mencari rezeki ketika tawaran menyanyi dibatalkan dan tertutup buat sementara waktu.

"Tak dinafikan saya amat susah hati kerana hilang pendapatan. Kebetulan saya dan keluarga kena jalani saringan Covid-19 kerana ada kontak rapat dengan bapa mentua yang disahkan positif.

"Wang simpanan pula makin lama makin menyusut dengan drastik. Keputusan jual muruku sangat tepat. Daripada mula merangkak, ia dapat memberangsangkan dan saya berjaya jual sebanyak 1,000 bekas sebelum Aidilfitri.

"Syukur saya tiada bebanan hutang berkat menyimpan dan beringat ketika ada pendapatan. PKP mengajar bersyukur. Perit tapi banyak pengajaran yang diambil. Jika sekiranya tak boleh menyanyi dalam tempoh lama, saya akan terus jual muruku dan terbaru Pes Tempoyak Lejen," katanya.

Semak dulu sebelum kena tipu – Nina Iskandar

PELAKON Nina Iskandar rugi ratusan ringgit selepas selepas ditipu peniaga yang menjual barangan bayi di laman sosial Instagram.

Menurut Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, dia mula sedar ditipu selepas nombor tracking pos yang diberikan gagal dikesan.

“Masa mula-mula tu saya tak semak pun sama ada penjual itu boleh dipercayai atau tidak.

“Mereka (scammer) tidak berikan saya nombor tracking pun. Saya dapat lepas dua minggu itu pun lepas diminta,” katanya dalam akaun instagramnya.

Menurut Nina, selepas membuat semakan, nombor tersebut didapati palsu apabila gagal dikesan.

Jelasnya, pembelian yang dibuat pada bulan April itu masih belum diterima dan dia siap berpesan kepada orang lain supaya berhati-hati.

“Rupanya bukan saya seorang sahaja yang terkena. Ramai lagi yang senasib dengan saya.

“Malah, mereka sudah beritahu isu penipuan itu salah satu laman sesawang yang menjual barangan dari ig tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut menasihati pengikutnya supaya berhati-hati dalam membuat pembelian dan sentiasa pastikan keaslian barangan dan pihak yang menjual. – SM

Rabu, 3 Jun 2020

Tampar polis, Farid Kamil dihukum penjara 13 bulan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lepas.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid Kamil, 39, bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula hari ini dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya sebelum ini bagi kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Nor Ariffin menjatuhkan hukuman terhadap pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, mahkamah juga melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Oleh itu, mahkamah mendapati Farid Kamil bersalah dan dihukum penjara 13 bulan bagi kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi Seksyen 90 Akta Polis dan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak,” katanya.

Mahkamah turut memerintah tertuduh membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar kos tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Aktor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya pada 1.20 tengah hari, 11 Jan 2018.

Ketika rayuan, Farid Kamil yang diwakili peguam Kee Wei Lon, merayu agar mahkamah mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau denda minimum atas alasan dia adalah penanggung utama keluarga yang menyara isteri, dua anak serta ibu bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim pula memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam dalam kes sedemikian.

“Saya juga memohon mahkamah mengambil kira perasaan malu yang ditanggung pengadu (Muhammad Nizam) dalam kes ini,” katanya.

Perbicaraan kes itu, yang bermula pada 27 Nov 2018, telah menyaksikan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Farid Kamil, memberi keterangan.


Rabu, 27 Mei 2020

“Artis Tak Artis, Saman Tetap Saman..” – Aiman Tino Kesal Disaman Ingkar PKPB,

.rimbabara.my


PENYANYI remaja tersohor, Muhammad Aiman Yusri, 22 yang dikenali Aiman Tino mendakwa dirinya ‘terperangkap’ dalam kes kompaun RM1,000 selepas didapati memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Aiman Tino berkata, ketika itu dia bersama ayahnya, Yusri Ishak, 51, dan adiknya Muhammad Haikal, 14, berada di lokasi ketika polis menyerbu masuk kawasan kolam berkenaan.

“Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut syarat Prosedur Standard Operasi (SOP) yang disediakan pemilik kolam ini. Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan turun lebat.

“Ramai pengunjung berteduh pada bangsal terbuka pada satu tempat ketika itu yang melebihi 20 orang, polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hari ini, portal Harian Metro melaporkan seramai 59 pemancing termasuk dua pekerja warga asing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada petang semalam.

Aiman mendakwa sepatutnya pengusaha kolam pancing ini perlu dikenakan tindakan undang-undang dengan kompaun yang sesuai dan bukannya 59 pemancing lain yang datang ke situ.

Katanya, kejadian berlaku memberi kesan buruk kepada mereka yang patuh peraturan dengan mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai topeng pelitup muka dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.

“Saya kesal disaman pihak polis bersama para pengunjung lain. Kami dibekalkan syarat asas tatacara urusan kebenaran kolam pancing yang betul dan turut mengamalkan apa yang dikehendaki,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, pemilik kolam berkenaan tidak berada di situ semasa kejadian dan hanya membiarkan pekerja warga Bangladesh menguruskan perniagaan itu.

Katanya, mereka berasa teraniaya dengan kejadian yang tidak disangka itu.

“Kami kerap memancing di kolam yang terletak hanya dua kilometer dari rumah berdekatan jalan utama di Kuala Kubu Bharu menyebabkan ramai datang memancing di situ.

“Kolam ini memang terkenal sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Kami bukan sengaja langgar peraturan dan buat masalah,” katanya.

Mohd Yusri berkata, mereka dikehendaki melunaskan bayaran kompaun RM1,000 di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.

Katanya, dia bersama rakan lain akan membawa ketengah kes ini bagi mendapatkan pembelaan yang setimpal.

Sumber: Harian Metro

Khamis, 21 Mei 2020

Tolong jangan balik kampung, kalau sayang mak!

DRAMATIS Fauziah Nawi memuatnaik video untuk para peminat dan follower beliau di media sosial Facebook meminta agar kita semua berada di rumah dan tidak pulang ke kampung untuk berhari raya.

Pesanan Fauziah atau mesra dengan panggilan Ibu Fauziah dalam kalangan sesetengah wartawan hiburan amat bertepatan kerana dalam keadaan wabak yang melanda negara hari ini, seluruh rakyat Malaysia harus berhati-hati dan berwaspada.

https://www.facebook.com/fauziah.nawi.5/videos/2949992578452724/

“Tak payah balik. Mak okay. Janganlah degil. Dah berapa tahun kita selalu sambut raya bersama, kan. Kali ini aje tak.

“Nyawa itu lebih penting. Insya-Allah, nanti kita dapat bersama,”  antara dialog Fauziah dalam video berdurasi 50 saat.

Beliau turut mengingatkan agar kita semua jaga kebersihan dan selalu cuci tangan.

Peringatan menjaga jarak sosial turut disebut oleh Ibu Fauziah.

Jadi, tidak perlu untuk kita meloloskan diri dengan pulang ke kampung kerana ia tidak akan membawa sebarang kebaikan sebaliknya menundang kemudaratan.

Apatah lagi dengan kes COVID-19 yang timbul, baru-baru ini. Semuanya gara-gara pulang ke kampung tanpa menyedari, turut membawa sekali, wabak yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Kerajaan mengumumkan, hari raya nanti, tiada rumah terbuka atau kumpul beramai-ramai tetapi sekadar maksima 20 orang dalam satu masa didalam sesebuah rumah.

Itupun mengikut saiz rumah yang diduduki. Justeru bagi mengelakkan timbul kluster yang sebenarnya boleh dielakkan, dinasihatkan agar kita semua duduk di rumah masing-masing da nada banyak lagi cara untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga, sanak saudara.

Janganlah kita mengikut hati dan degil untuk berhari raya seperti tahun-tahun lepas. Hanya sekali ini kita berkorban rasa dan kasih untuk diam kekal di rumah. – SM

Isnin, 11 Mei 2020

Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu

Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu
Ustaz Kazim dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu. - Gambar Facebook
 
IPOH: Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.

Perkara itu disahkan salah seorang pembantunya yang hanya dikenali sebagai Amin

Menurut Amin, kesan daripada itu, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Ustaz Kazim mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.

“Kami telah merujuk beliau ke poliklinik pada minggu lepas dan doktor memberi diagnos awal sebagai gastrik atas faktor puasa dan penggunaan ubat jantung.

“Sehingga semalam (Ahad ), sakit masih tidak berkurangan dan bertambah dan kami telah merujuk beliau ke Unit Kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh,” katanya, di sini hari ini.

Ustaz Kazim dalam laman Facebook beliau malam tadi menunjukkan gambar beliau dirawat di sebuah hospital.

“Terima kasih kepada semua sahabat yang bagi nasihat dan petua... Insya-Allah saya cuba amalkan.

“Harap-harap boleh tidurlah...kalau tak baring salah, duduk salah, ngiring salah.. semua salah...Insya Allah, malam ini harap-harap betul la..." katanya dalam kemas kini status Facebooknya pada Ahad.

Menurut Amin, prosedur ujian telah dilaksanakan dan keputusannya dijangka akan dikeluarkan pada esok (Selasa).

Katanya, buat masa ini, pendakwah itu berada di rumah untuk berehat dan sebarang lawatan atau ziarah tidak dibenarkan memandangkan situasi negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya mohon tuan puan yang budiman untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kasim seperti sedia kala,” ujarnya.

Menurut Amin lagi,  program LIVE di fanpage Facebook Ustaz Kazim akan diteruskan seperti yang dirancang.

BACA: Keadaan Ustaz Kazim Elias makin baik, sudah dibenar pulang ke rumah


Jumaat, 8 Mei 2020

'Dr Erin' tak sampai hati tengok Dai Farhan jauh dari anak

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 
 
Peserta rancangan realiti TV, Da’i Farhan, sah sudah bercerai dengan isterinya Noorainul Naqim Mohd. Radzi - atau Dr Erin - atas alasan demi anak-anak.
Mendedahkan hal itu di Instagram, Noorainul berkata, mereka berpisah pada 27 April lalu.

Katanya dia tidak sampai hati melihat Farhan berpisah lama dengan anak-anaknya hasil perkahwinan terdahulu pendakwah selebriti terbabit selain demi kebaikan bekas madunya, Fatin Nurul Ain.

Menurut Noorainul, disebabkan terlalu sayang kepada Farhan dia merelakan perceraian selepas pihak bekas madunya menetapkan syarat untuk juara Da'i musim kedua itu mahu berjumpa anak-anak mereka.

“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz (Farhan) untuk kembali dengan bekas isterinya kerana selepas pulang daripada berjumpa anak-anak, dia cakap pada saya, dia tak boleh berjauhan daripada mereka. Dia kata pihak sana bagi syarat kalau nak duduk dengan anak.


“Sebab terlalu sayangkan ustaz, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Janji suami dapat bersama dengan anak-anaknya.

"Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga,” katanya.

Menurut Noorainul, pada peringkat awal dia berhasrat untuk meminta cerai daripad Farhan pada Februari, bagaimanapun muncul beberapa kekangan termasuk mendapati dirinya sudah berbadan dua.

Harap dapat bawa ke syurga

"Jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk diceraikan, namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru- baru ini.

"Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah.

"Sejak bulan Februari lagi sudah tidak mengharapkan apa-apa daripada dia dan hanya tunggu masa nak diceraikan saja.

"Saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya," katanya.

Pada masa sama, Noorainul meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan Farhan serta memohon maaf kepada mana-mana yang pernah dilukai sepanjang melayari bahtera perkahwinannya sebelum ini.
"Saya harap selepas ini tolong jangan dikaitkan apa-apa dengan ustaz. Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan.

"Apa-apa saya yang buat atau kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri yang hina, baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.

"Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terguris hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya tak minta jadi macam ni.

"Saya terima lamarannya dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap ustaz boleh bawa saya ke syurga," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pernikahan Farhan - atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad - dengan Noorainul di Mekah pada Nov tahun lalu mengundang perhatian umum apabila ia didakwa dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.

Farhan, 30, juga sebelum itu berkata, terdapat 18 wanita pernah mengajaknya berkahwin tetapi terpaksa menolak kesemuanya sehinggalah dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak jodoh dengan Noorainul.

Farhan kemudian mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. Cerai itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Farhan bagi mengulas lanjut isu berkenaan.

Khamis, 7 Mei 2020

Dituduh pura-pura OKU, Ras Adiba pilih untuk memaafkan

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 
Memaafkan - itu pendekatan diambil bekas personaliti TV3 Ras Adiba Radzi terhadap mana-mana pihak yang sebelum ini pernah mencemuh dirinya berpura-pura menjadi orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, dia memahami sekiranya banyak pihak tidak dapat memahami keadaan sebenar yang perlu didepaninya pada ketika itu.

“Hari memaafkan. Pada 2002, ketika saya menjadi OKU, ramai yang mengatakan saya tidak sakit dan berpura-pura.

“Mereka berkata begitu mungkin kerana tidak faham keadaan saya dan apa sebenarnya melanda.

“Justeru pada saat ini, saya ingin maafkan kalian yang tidak tahu keadaan sebenar dan sesiapa yang berkata buruk selain menfitnah saya selama ini," katanya di Instagram semalam.

Kata Ras Adiba, kata-kata kejian dilemparkan terhadapnya itu turut menjejaskan keluarga, namun dia memilih untuk mendiamkan diri berbanding memberi penjelasan.

Menurutnya, lebih baik begitu kerana di fikirannya ada perkara lain lebih perlu diutamakan, iaitu dirinya.

"Saya ditohmah dan difitnah. Payah sungguh keadaan saya dan keluarga ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya hanya mendiamkan diri.

"Malas mahu menerangkan keadaan sebenar kerana ketika itu saya sedang sukar kerana terkejut, bergelut dengan apa yang berlaku pada badan saya. Saya menjadi tidak keruan," katanya.

Menjelaskan situasi dirinya sebagai OKU, Ras Adiba berkata, dia mengalami lumpur separuh badan atau paraplepgi.

"Saya seorang OKU yang lumpuh separuh badan atau seorang Paraplegia.

"Dengan fisioterapi, saya mampu membawa kereta dan berenang menggunakan tangan (kaki saya akan jatuh ke dalam air ketika berenang)

"Pergerakan saya terbatas dan saya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak," katanya.

Sabtu, 11 April 2020

Mata Nazrul Rabbani makin kabur

Oleh Zaidi Mohamad
Nazrul Rabbani dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah buah pinggang ketika melakukan rawatan dialisis pada Februari lalu. - Foto Azadan Rabbani
Nazrul Rabbani dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah buah pinggang ketika melakukan rawatan dialisis pada Februari lalu. - Foto Azadan Rabbani
 
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz memaklumkan anggotanya, Nazrul Azhar Tamrin kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami masalah buah pinggang ketika melakukan rawatan dialisis pada Februari lalu.

Nazrul dimasukkan ke Hospital Selayang selepas suhu badannya meningkat ketika melakukan rawatan berkenaan.

“Setakat ini, keadaannya sudah kembali stabil. Tekanan darah dan paras gula pun okay.

“Matanya mula kabur sejak berlaku komplikasi ketika melakukan rawatan dialisis tempoh hari.
Nazrul sudah keluar hospital, sejak tiga minggu lalu.

“Hingga kini, Nazrul tetap meneruskan rawatan dialisis seperti biasa. Saya dan anggota lain berharap dia kuat menempuh ujian ini,” katanya kepada BH Online.

Azadan berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sudah menghulurkan bantuan.

“Selain itu, ada persatuan artis dan platform pengumpulan dana, Kita Fund membantu.

“Anggota kumpulan Rabbani lain turut menghulur sumbangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung Nazrul. Dia mempunyai isteri dan enam cahaya mata.

“LZS membantu menanggung kos rawatan dialisis dan rumah,” kata Azadan.

Katanya, apa yang menimpa Nazrul memberi kesan kepada anggota Rabbani lain.

“Kami sudah seperti satu keluarga, Nazrul pula tulang belakang Rabbani. Ketika masih sihat, dialah paling banyak menguruskan hal berkaitan kumpulan kami.

“Jadi, kami terkesan apabila Nazrul sakit. Inilah masanya kami membantunya dan keluarga. Saya mohon peminat mendoakan kesihatan dan diberikan kesembuhan penyakitnya,” katanya.

Selasa, 7 April 2020

PU Riz positif Covid-19

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 
 
Bekas peserta program realiti Pencetus Ummah (PU) dan pelakon Riz disahkan positif wabak Covid-19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.

Riz berkata, dia dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini mengenai perkara itu.

“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.

“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.

“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di pusat perubatan itu untuk rawatan lanjut.

Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menjelaskan, sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja.

“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Sri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid tu ditutup akibat wabak ni,” katanya.

Pada hujung Feb lalu, program perhimpunan tabligh antarabangsa diadakan di masjid di Sri Petaling Kuala Lumpur. 

Perhimpunan itu kemudian menjadi kluster jangkitan terbesar Covid-19, dengan lebih 40 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini mempunyai kaitan dengan himpunan berkenaan.

Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan satu lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di Malaysia adalah sebanyak 62.

Korban terbaru yang itu mempunyai kontak rapat dengan peserta himpunan tabligh di Seri Petaling.

Sebanyak 131 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Cobid-19 sebanyak 3,793.

Khamis, 2 April 2020

Surat tuntut cerai isteri Aliff Syukri tersebar

Wartawan MalaysiaGazette
MGF21042019_Anugerah-Meletop-Era-2019_13
Datuk Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd dan anaknya, Yusoff Al Qardawi yang muncul juara bagi kategori Si Cilik Meletop pada Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI

KUALA LUMPUR – Kemelut rumahtangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi spekulasi apabila surat tuntutan cerai isterinya, Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial.

Surat itu didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Aliff  sering memuat naik status kecewa dan sedih, sekali gus menguatkan lagi dakwaan rumah tangganya kini dilanda badai.

cats

Difahamkan, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff juga dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian dan difahamkan pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. – MalaysiaGazette

Ahad, 22 Mac 2020

Anak sepupu Neelofa berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19

Faris Danial Razi, Astro Awan
Anak sepupu Neelofa berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan anak sepupunya yang bernama Noor Sameera. - Foto Instagram neelofa
 
 
KUALA LUMPUR: Cakap sahaja tentang jangkitan COVID-19, pastinya ramai yang berasa takut dan berdoa agar diri dan insan tersayang dijauhkan daripada wabak tersebut.

Ini kerana, penyakit yang dikategorikan sebagai pandemik itu tidak mengenal siapa, kerana ia sudah pun dijangkiti oleh beberapa orang ternama, seperti pemimpin, doktor, selebriti mahupun rakyat biasa.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa mendedahkan bahawa anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19.

Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Neelofa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan anak sepupunya yang bernama Noor Sameera Mohd Nazlee.
 
“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya.

“Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini," jelasnya menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story.
 
Pada masa sama, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai ‘baby’ Sameera positif COVID-19.

"Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya," tulisnya.

BACA: Empat lagi kematian terbaharu COVID-19 dicatatkan

BACA: COVID-19: Gempar pertama di Johor Bahru, kini sudah lapan kematian

Jelasnya, sepupunya itu menetap di Brunei bersama keluarga suami dan salah seorang ahli keluarga baru mereka baru sahaja pulang dari luar negara.

“Mengikut cerita, dalam pesawat, ada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikatakan positif COVID-19.

“Apabila pulang ke rumah, virus itu dikatakan berjangkit pada bayi ini. Namun, ujian terhadap ahli keluarga yang lain semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupu saya,” jelasnya lagi.

Dalam kesempatan itu juga, Neelofa juga sempat menitipkan pesanan nasihat kepada pengikutnya dengan memberitahu orang ramai agar kekal berada di rumah dan bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19. 
 
 

Rabu, 26 Februari 2020

Artis pun berdebar menanti drama politik negara

NADIA AZAM




Penyanyi Aishah mengaku drama politik yang tercetus sejak Ahad menjadi semakin menarik untuk diikuti perkembanganya.

Pun begitu, Aishah, 55, berkata, biarlah apa jua situasi politik berlaku dalam negara, semuanya diharapkan agar selesai dengan secepat mungkin.

“Seboleh-bolehnya cepat selesaikan. Selepas itu fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk rakyat. Beri apa rakyat nak,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin itu pada masa sama menyatakan kebimbangannya sekiranya negara ini jatuh pada tangan ahli politik yang salah.

“Sudah tentu jahanamlah. Kalau dah dia asyik fikir diri sendiri dan karier politik semata-mata susahlah.

“Sedangkan kita nak pemimpin politik yang boleh bantu rakyat, bukannya kejar wang dan kuasa,” katanya yang bergiat bersama Amanah.
Penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah itu berkata, pada awal apa yang berlaku memang membingungkan fikirannya, namun situasi itu berubah semakin jelas apabila setiap pemimpin politik yang terbabit sudah berani menonjolkan sifat mereka yang sebenar.

"Ia menarik, sangat menarik walaupun pada awal ia amat memeningkan kepala kerana susah nak baca apa berlaku. Tapi sekarang sudah semakin jelas, kita boleh tahu siapa sebenar ahli politik yang ini atau yang itu.

“Lebih jelas kerana sudah tahu who is doing what. Saya harap, bila sudah ada pemimpin baru, dia boleh nampak siapa yang boleh diharapkan, dan siapa tidak selepas ni,” katanya.
Istana Negara terus menjadi tumpuan ketika Agong menemu 
bual seorang demi seorang ahli parlimen.
Senario politik diteruskan hari ini, dengan Dr Mahathir Mohamad, meneruskan tugas beliau sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri dan kabinet yang baru.

Landskap politik negara berubah selepas kerajaan PH dibubarkan secara automatik susulan perkembangan drastik BN dan PAS dalam usaha penjajaran semula kuasa dengan gabungan Perikatan Nasional direncana dibentuk untuk menggantikan kerajaan PH.

Mahathir pula dikatakan mencadangkan agar kerajaan perpaduan - iaitu tanpa parti-parti politik - diwujudkan.

Bersatu mengisytiharkan ‘bercerai’ daripada sekutunya dalam PH menyaksikan gabungan itu kini dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Awie harap ekonomi pulih

Vokalis Wings, Awie pula berkata, dia yakin dengan niat dan misi Dr Mahathir yang ingin membangunkan ekonomi serta membersihkan negara daripada imej rasuah.

Bagaimanapun, menurutnya, usaha tersebut tidak dapat dilihat oleh individu yang bekerja dalam satu kelompok dengannya sebelum ini.

“Bila saya lihat kembali Dr Mahathir menghiasi politik dengan menjadi perdana menteri, saya jangka beliau akan dapat bersihkan kemelut dan nama negara.

“Saya tak cakap pemerintahan terdahulu tu teruk. Tapi saya percaya misi dijalankan Dr Mahathir sangat penting, cuma sayangnya, mereka yang berada di bawahnya tak dapat lihat apa beliau lihat,” katanya.
Mengulas gabungan Perikatan Nasional - sekiranya menjadi kenyataan - kata pemilik nama asal Ahmad Azhar Othman itu, dia bersetuju demi kebaikan Melayu.

“Ni perkara penting kepada orang Melayu. Buka mata, ambil iktibar apa berlaku sebelum ni,” katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut maksud di sebaliknya.

Penyanyi Harapan itu juga menyatakan harapannya agar perubahan politik dalam negara dapat memulihkan ekonomi negara seperti suatu ketika dulu.

“Berharap sangat ada hikmah di sebalik apa berlaku, terutama ekonomi negara kembali pulih. Saya nak lihat matawang kita jauh naik melebihi Singapura,” katanya.

Macam undang-undang rimba - Zed

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berharap konflik politik yang sedang segera pulih demi kebaikan rakyat.

Katanya, keadaan negara sekarang boleh diibaratkan seperti menggunakan undang-undang rimba.

“Saya berharap supaya politik berada di landasan, kembali normal. Sekarang kita tak normal, sepatutnya rule of law tapi dah jadi rule of jungle. Ni yang buat rakyat rasa nak marah,” katanya.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Rozaidi Abd Jamil itu berharap perubahan tampuk pimpinan politik dalam negara diharapkan dapat memberi faedah kepada penggiat industri seni.

Katanya, kerajaan baru nanti harus mengambil iktibar dan tidak memberi janji-janji kosong sama seperti PH yang mengabaikan anak seni.

“Lantiklah orang yang boleh buat kerja, bukan diri rasa bagus. Kerajaan letak individu yang konon pandai, tapi tak pandai pula.

“Harap kerajaan baru nanti ambil kira keluhan rakyat khusus penggiat seni,” katanya.


Ahad, 23 Februari 2020

Ali Puteh minta Aliff Syukri 'bertaubat'

NADIA AZAM




Adik arwah Abam Bocey, Ali Puteh, menasihatkan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman agar bertaubat kerana "pintu taubat masih terbuka."

Kenyataan Ali itu dibuat hanya beberapa hari selepas Aliff menjadi perhatian apabila menemu bual balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi mengenainya.

Dakwa Ali, tindakan Aliff itu adalah cubaan untuk melariskan saluran YouTube miliknya namun dianggap "tidak beradab" kerana ia memecah-belahkan hubungan baik keluarga Abam dengan Nor Hidayah.

"Mana adab sebagai orang Islam? Dia muncul tiba-tiba sedangkan waktu kematian abang saya, langsung tak nampak batang hidungnya pun.

"Kepada Aliff, bertaubatlah kerana pintu taubat masih terbuka. Jangan pecahkan silaturrahim antara kami yang selama ni baik.

"Nampak sangat tujuan dia untuk melariskan saluran YouTube miliknya terutama apabila baca kapsyen pada video itu: Untuk ketahui maklumat lanjut sila tonton...." katanya.

Menurut Ali yang juga pelawak, Aliff sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan peribadi mereka selain mengelak daripada mengajukan soalan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.

"Dah bagi sumbangan, baliklah. Bukan saya tak bersyukur dengan sumbangan diserahkan kepada balu arwah (Nor Hidayah), tapi soalan tu kenapa perlu mengaibkan dan mewujudkan unsur fitnah?" katanya.

Ambil dua-dua sisi
 
Ali ditemui pada sidang media khas di Bandar Damansara Utama, Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, Ali mengeluarkan perkataan "binatang" di media sosial sebagai merujuk kakak iparnya itu selepas menonton rakaman video disiarkan Aliff di saluran YouTube milik jutawan kosmetik itu.

Susulan itu, pelbagai dakwaan timbul, antaranya Nor Hidayah dikatakan dihalau keluar rumah selepas kematian suami Abam, juga terpaksa menaiki Grab untuk membawa anaknya yang sakit ke klinik ekoran kenderaan mereka dirampas oleh adik-beradik arwah.

Bagaimanapun, kesemua dakwaan itu dinafikan oleh Ali pada sidang media hari ini.
Ali menitiskan air mata ketika menceritakan bagaimana dia 
dikecam netizen
Untuk rekod, Abam - atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey - meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat demam panas pada 10 Februari lalu. Selain Nor Hidayah, dia turut meninggalkan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang berusia sembilan bulan.

Mengulas lanjut, Ali berkata, Aliff sebaik-baiknya mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua belah pihak supaya berlaku adil sekiranya timbul dakwaan berat seperti berlaku ketika ini.

"Untuk adil, kena ambil keterangan daripada dua pihak balu dan keluarga," katanya.

Justeru gesanya, wajarlah ada permohonan maaf daripada Aliff kepada pihaknya.

"Jika tak mahu mohon maaf pada saya datang minta maaf pada ibu. Tolong Jumpa dia kerana datuk berjaya pecah belahkan keluarga kami," katanya.

Dakwanya, disebabkan hal itu juga mereka sekeluarga menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen hingga kini.

Harap dapat bersemuka
 
"Tak apa. Saya maafkan siapa saja netizen yang tak tahu hujung pangkal dan mengecam kami," katanya.

Ali juga percaya bahawa kakak iparnya itu menjadi mangsa secara tidak langsung apabila memberi kepercayaan sewenang-wenangnya kepada orang yang salah seperti Aliff.

"Kita dikejutkan dengan insan jutawan hebat tiba-tiba muncul sebagai hero Malaya dan digelar penyelamat oleh kakak ipar saya, wallahu a'lam.

"Kepada kakak ipar saya, ketahuilah Aliff hanya pergunakan kamu," katanya.
Ali juga mengambil kesempatan di sidang media sama untuk memohon maaf secara terbuka kepada Nor Hidayah gara-gara panggilan kesat dimuat naik di akaun media sosial miliknya.

"Saya mohon maaf atas kekhilafan saya pada kakak ipar sekeluarga. Ketika itu ia diluahkan kerana emosi selepas kehilangan anak dan abang dalam waktu yang berdekat. Saya juga sudah memadamkan kenyataan berkenaan.

"Saya ada nyatakan hasrat pada abangnya untuk bersemuka namun katanya masa tidak sesuai. Insya-Allah akan dilakukan tanpa kehadiran media suatu hari nanti.

"Untuk duit sedekah orang ramai yang datang ziarah arwah akan saya serahkan semuanya kepada Nor Hidayah sebab ia bukan hak saya. Saya cuma membantu menguruskan," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Aliff berhubung dakwaan Ali.