Rabu, 27 September 2017

Pesawat AirAsia patah balik ke Medan, selepas enjin dimasuki burung

 
Pesawat AirAsia yang dalam penerbangan ke Pulau Pinang itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan menggunakan enjin ke-2.


air-asia-burung

PETALING JAYA: Sebuah pesawat AirAsia yang baru berlepas dari Medan ke Pulau Pinang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di Indonesia itu, selepas burung terbang ke dalam enjin kapal terbang terbabit.

China Press melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengah hari tadi (2.50 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan itu, pesawat jenis A320 itu berlepas dari Medan jam 1.35 tengah hari tadi menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Lima minit kemudian, juruterbang memaklumkan penumpang pesawat terbabit menghadapi masalah enjin kerana dimasuki burung dan terpaksa berpatah balik ke Medan menggunakan enjin ke-2.

Kejadian itu menyebabkan beratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, selepas diarah mengeluarkan bagasi mereka dari pesawat dan menunggu di dalam lapangan terbang.

Akhbar itu melaporkan sekumpulan penumpang warga Indonesia kecoh dan berkerumun di kaunter syarikat penerbangan tambang rendah itu yang didakwa tidak membantu atau memaklumkan penumpang mengenai penerbangan gantian.

Difahamkan, ketika kejadian, sebahagian besar daripada 90% penumpang pesawat yang boleh memuatkan 150 orang itu ialah rakyat Indonesia dan selebihnya warganegara Malaysia.

Tiada ulasan: