SELANGOR KINI
KUALA SELANGOR : Seramai 25 penduduk melibatkan 10 buah
keluarga di Kampung Sri Sentosa, Ijok di sini dipindahkan selepas
kediaman mereka dinaiki air setinggi 1.2 meter hari ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, penduduk
dipindahkan bermula kira-kira jam 12 tengah hari setelah kawasan mereka
dinaiki air susulan hujan lebat sejak jam 4 pagi tadi, lapor KOSMO
ONLINE.
“Penduduk dipindahkan menggunakan bot dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee di sini.
“Banjir berpunca daripada hujan yang tidak berhenti sejak jam 4 pagi
tadi dengan jumlah taburan hujan 81 milimeter,” katanya di sini hari
ini.
GAMBAR: KOSMO ONLINE =EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan