Sabtu, 30 September 2017

Rafizi Ramli Berang Dengan Pendedahan ‘Rafizi Bayar Rafizi’

 
 



Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berang dengan pendedahan Datuk Rizal Mansor berhubung isu ‘Rafizi bayar Rafizi.

Rafizi yang juga Pengarah Invoke menerusi sidang media selama satu jam setengah dilihat tidak dapat mengawal emosinya menyebut perkataan bodoh beberapa kali kepada Rizal.

Rizal sebelum ini mendedahkan rakyat diperbodohkan apabila Rafizi pemilik saham terbesar dalam Invoke membayar kepada syarikat KEIP, di mana beliau mempunyai saham terbesar dalam syarikat itu.

Selanjutnya, sila baca “Rafizi Ramli Bayar Kepada Syarikat Rafizi

Hanisya Abdul Hamid menyifatkan sidang media Rafizi gagal menjawab pendedahan yang dilontarkan Rizal, malah menyerlahkan lagi Naib Presiden PKR pembawa obor ‘Bina Semula Negara’ berada di pihak bersalah.

Rumusan Hanisya berkenaan jawapan Rafizi adalah seperti berikut:
1) Ternyata Rafizi berada diposisi amat defensif, tertekan dan gagal kawal emosi.
2) Gagal untuk menangkis secara efektif, berkesan dan menyakinkan akan semua perkara-perkara yang dibangkitkan dalam isu Rafizi bayar Rafizi.
3) Sidang video lebih kepada sidang menyerang peribadi dari menjawab isu-isu berbangkit.
4) Sidang video yang sekadar melebel dan menggelar yang dedahkan isu ini sebagai bodoh dan tukang tular sebagai macai maya.
5) Jawapan-jawapan diberikan bukannya mampu menangkis segala tuduhan sebaliknya menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya yang mencurigakan.
6) Merasakan dirinya sahaja yang cerdik dan mengaku seorang strategis dan pihak yang bersongsang dengan beliau adalah bodoh-bodoh belaka.
7) Tidak tenang dan matang apabila berdepan dengan situasi ditekan selain mudah melatah dan menggelabah apabila tekanan semakin kuat dan memuncak.
8) Mendedahkan kepada umum belang sebenarnya Rafizi Ramli.
9) Bersikap kebudak-budakkan dan gagal untuk putar fakta seperti biasa.
10) Isu ini jelas terlalu sukar bagi dirinya untuk melepaskan diri selain gagal untuk menyakinkan rakyat terutamanya golongan muda, non partisan dan atas pagar bahawa beliau berada diposisi yang benar dan mangsa fitnah.

Tiada ulasan: