Khamis, 28 September 2017

Dua didakwa bunuh 23 pelajar, guru pusat tahfiz

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dua suspek berusia 16 tahun dalam kejadian  kebakaran Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru sekolah tersebut.
 
Kedua-dua mereka mengangguk dan menjawab 'saya faham' apabila pertuduhan dibacakan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.
 
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
 
Kedua-dua suspek itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Tiada peguam yang mewakili mereka.
 
Prosiding mahkamah hari ini yang bermula jam 11.30 pagi tadi dilakukan secara tertutup memandangkan mereka merupakan remaja dibawah umur.
 
 

Tiada ulasan: