A Kadir Jasin
SEMUA bangsa mengaku ia
bermaruah. Begitu jugalah dengan Melayu.
Nilai maruah Melayu hanya beberapa ringgit |
Malah kalau kita dengar ketua-ketua
Umno bercakap, jalan ceritanya amat menakutkan - Melayu akan hilang maruah dan jadi
bangsat kalau parti mereka kalah pilihan raya.
Tetapi berapakah nilai maruah
dan kebumiputeraan Melayu?
Jawapan yang sepatutnya
ialah “tidak ternilai” (priceless). Maruah dan kebumiputeraan Melayu tidak
boleh atau tidak akan dijual beli.
Tetapi ketua-ketua Umno dan
konspirator bukan Melayu mereka dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP telah meletakkan
tanda harga kepada maruah dan kebumiputeraan Melayu dalam beberapa bentuk.
Ikut nilai Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M), harganya di antara RM450 hingga RM1,200 satu kepala
setahun. Bagi yang tertinggi, jumlahnya RM100 sebulan atau bersamaan RM3.33
sehari.
Kalau di Lembah Klang,
ikut harga runcit Fama, bolehlah beli dalam 800 gram kangkung dan 500 gram
daging ayam.
Tapi ikan kembung nampaknya tak mampu. Kalau harga RM20 sekilo,
bolehlah beli hanya 166.5 gram sehari.
Itu nilai maruah dan kebumiputeraan
orang Melayu ikut ukuran BR1M yang kononnya dicadangkan oleh Bank Negara.
Tapi sekarang ada satu lagi ukuran iaitu penanak nasi (rice cooker).
Hal ini menjadi tular dalam media sosial apabila tiga orang ketua Umno Perlis – (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk) Zahidi Zainul Abidin dan (Datuk) Rozabil Abdul Rahman – dikenakan saman oleh seorang peniaga kelengkapan elektrik, Florence Lee Jye Wen, atas tuduhan mungkir janji.
Lee mendakwa tiga watak itu membuat tempahan dengannya bagi membeli 60,000
unit penanak nasi elektrik ukuran 1.8 liter dengan logo “DSSK” dicetak di
atasnya.
Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut di sini. Mohon maaf pautan
dalam bahasa Inggeris. Tak jumpa berita dalam bahasa Melayu.
Kalau ikut butir dakwaan wanita Cina itu, harga maruah dan
kebumiputeraan Melayu hanyalah RM74. Itulah harga seunit penanak nasi tersebut.
Itu pun untuk tempoh empat atau lima apabila berlaku pilihan raya umum (PRU).
Tetapi oleh kerana Melayu yang hendak dipertahankan maruah dan
kebumiputeraannya oleh Umno itu banyak yang miskin, melarat dan diperbodohkan oleh
media terkongkong, maka mereka gembira menerima dedak dan serdak ekonomi yang kononnya
pesat terkembang itu.
Realitinya rakyat jelata
semua peringkat tidak sesenang dulu lagi, kecuali kucing-kucing gemuk dan
anjing-anjing atasan. Rujukan kepada kucing dan anjing itu adalah daripada ungkapan Inggeris "fat cats" dan "top dogs".
Maka tidak hairanlah kalau
dalam ibadah korban tahun ini, bilangan haiwan korban berkurangan tapi bilangan
fakir miskin yang mendaftar untuk dapat habuan meningkat.
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan