Khamis, 28 September 2017

Qadiani ancaman serius libatkan akidah

Kamarul Anuar Mohamed Nasir
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) bersama wakil penduduk Kampung Nakhoda, Batu Gaves menunjukkan poster bantahan berkaitan Ajaran Sesat Qadiani yang beroperasi dan aktif sekitar kawasan mereka pada sidang media di Our Private Place Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
 

BANGI – “Kalau ancaman-ancaman lain kita lihat serius, ancaman akidah juga kita perlu kita lihat sebagai sesuatu yang serius,” tegas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pendedahan tentang masih wujudnya aktiviti ajaran sesat Qadiani di Gombak.

Mashitah menganggap isu Qadiani sebagai ancaman akidah kerana ia mampu memesong pegangan umat islam.

Beliau sedih dan kecewa kerana ajaran sesat itu masih lagi beroperasi sedangkan tiada tindakan dibuat.

“Kita harap tak jadi seperti negara jiran yang mempunyai kebebasan beragama. Kita di Malaysia ikut ahli sunnah Al Jamaah,” tambahnya ketika ditemui hari ini.

Dalam masa sama, Mashitah berharap pihak berwajib mengambil serius hal berkenaan dan ditangani segera kerana ia bukanlah isu baru.

“Qadiani ni dah lebih 30 tahun. Saya agak pelik sama ada pihak berkenaan tak tahu atau buat-buat tak tahu,” jelas Mashitah. – Malaysia Gazette


Tiada ulasan: