Khamis, 28 September 2017

PAS jadi pilihan banding Amanah di Selangor, kata kajian akhbar

DETIK DAILY

 
 
SHAH ALAM- Respondan kajian di Selangor cenderung memilih PAS untuk bersama Pakatan Harapan berbanding Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengikut kajian prapilihan raya umum yang dibuat Sinar Harian, sebanyak 50 peratus atau 277 responden memilih PAS berbanding Amanah jika diberi pilihan.

Hanya 216 responden memilih Amanah manakala 57 lagi tidak pasti.

Namun, seramai 329 respondan atau 59.8 peratus mahu PAS bersendirian dan tidak menyertai Harapan pada pilihan raya umum ke-14.

Sebanyak 179 responden pula mahu PAS mengekal kerjasama politik dengan Harapan tetapi 42 lagi tidak membuat keputusan.

Namun, pengerusi Amanah Selangor menolak dapatan itu kerana beliau menyifatkan hasil kajian tersebut “belum konklusif”.

Izham Hashim berkata beberapa faktor teknikal yang mempengaruhi kajian perlu diambil kira seperti komposisi kaum, jantina, peringkat umur responden.

“Insya-Allah, Amanah yakin dengan kesepaduan Harapan secara kolektif, kami bukan saja mampu mempertahankan Selangor malah mengambil alih pentadbiran BN di Putrajaya,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: