Khamis, 28 September 2017

Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan mengeluarkan larangan untuk rakyat negara ini mengunjungi Korea Utara susulan ketegangan di rantau itu ekoran ujian peluru berpandu yang dijalankan baru-baru ini.
 
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, larangan itu akan dikaji semula melihat kepada situasi semasa.   
 
"Keputusan diambil memandangkan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan daripada ujian peluru berpandu.
 
"Larangan perjalanan ini akan dikaji semula setelah situasi itu kembali normal," demikian menurut kenyataan itu.
 
Walau bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada warga Korea Utara dibenarkan ke Malaysia.
 
Malaysia mempunyai hubungan dengan negara pimpinan Kim Jong-un itu sungguhpun rata-rata negara maju lain meminggirkannya.
 
Malah Malaysia merupakan antara 21 negara yang diberi status visa percuma oleh Korea Utara selain menjadi salah satu daripada 24 negara yang mempunyai pejabat kedutaannya di Pyongyang

Tiada ulasan: