Khamis, 28 September 2017

Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
REMBAU: Sebuah asrama yang menempatkan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di sini terbakar dalam satu kejadian, awal pagi tadi.
 
Kebakaran itu memusnahkan hampir 60 peratus bangunan berkenaan yang diduduki 37 pelajar perempuan.
 
Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 1.50 pagi tadi.
 
 
Kesemua pelajar terselamat namun tiga daripada mereka mengalami asma kerana terhidu asap.
 
"Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam.
 
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran.
 
Norazam memberitahu pihaknya tiba di tempat kejadian 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan ketika api sedang marak di separuh bahagian asrama itu.
 
Api kemudiannya berjaya dikawal 15 minit kemudian dan bomba mengambil masa selama setengah jam untuk memadam keseluruhan kebakaran.
 
 

Tiada ulasan: