Selasa, 26 September 2017

Penahanan Staff YB Sivarasa Adalah Satu ‘Serangan’ Ke Atas Pakatan Harapan?

Suara Kebenaran




Sumber pejabat khidmat Parlimen Subang mengesahkan, penahanan 3 kakitangan Ahli Parlimen Yb Sivarasa beberapa hari lepas adalah satu bentuk serangan politik ke atas Pakatan Harapan oleh SPRM.

Tidak mungkin penyokong Pakatan Harapan, apatah lagi dari PKR, akan melakukan kesalahan berkaitan rasuah.  Tidak logik dan masuk akal kerana semua penyokong PKR yang berkhidmat dengan pejabat Ahli Parlimen telah melalui proses pemilihan yang cukup teliti sebelum diterima masuk.

Kalau didakwa atas kesalahan lain, kita boleh terima tapi rasuah?  Itu sangat tidak masuk akal.

Maka itu Isnin nanti, PKR melalui YB Sivarasa akan membawa soal penahanan ini ke Mahkamah supaya semua yang terlibat dapat dibebaskan dengan kadar segera.  Penahanan mereka dikesan mempunyai banyak kecacatan dan hanya bergantung kepada aduan dari seorang pengadu semata-mata.

Penahanan ini juga mungkin mempunyai motif peribadi memandangkan salah seorang dari yang terlibat ialah adik kepada YB Sivarasa sendiri.

Sehingga ditentukan kelak, rakyat harus melihat penahanan ini sebagai satu tindakan politik oleh Barisan Nasional ke atas Pakatan Harapan dan agak malang kerana SPRM terlibat di antaranya.

 Rakyat sudah mula melihat SPRM sebagai badan yang mempunyai intergriti tinggi, tapi penahanan seperti ini mengikis pandangan tersebut.

Tiada ulasan: