Jumaat, 29 September 2017

Maut terjatuh dalam tandas

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bomba menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai tidak sedarkan diri selepas terjatuh di bilik air di sebuah kilang komputer di Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya.
 
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi tadi, mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata mangsa terlebih dahulu pergi ke bilik air untuk membuang air kecil sebelum terjatuh dan pintu tandas terkunci.
 
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.56 pagi dari seorang pekerja kilang berkenaan.
 
“Apabila pihak bomba tiba, kita mendapati terdapat seorang mangsa di dalam bilik air tersebut serta disyaki tidak sedarkan diri.
 
“Pintu berjaya dibuka dan namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Mayat lelaki kini dihantar ke Hospital Serdang dan diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: