Ahad, 3 September 2017

Khalid bersara sebagai KPN esok

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Selepas 40 tahun berkhidmat dalam pasukan polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara secara rasmi, esok.
 
Majlis serah terima tugas jawatan itu akan diadakan pada jam 8.30 pagi esok di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini.
 
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijadual menghadiri majlis berkenaan.
 
Persaraan turut diraikan dalam Majlis Paluan Berundur di Padang Kawad, PULAPOL petang esok.
 
Khalid sebelum ini mengesahkan akan bersara pada 5 September ini, selepas timbul teka teki sama ada beliau akan menyambung khidmat sebagai Ketua Polis Negara atau sebaliknya.
 
Keputusan untuk bersara menurut Khalid, adalah keputusan beliau sendiri.
 
Sepanjang perkhidmatannya, Khalid pernah menyandang pelbagai jawatan iaitu dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.
 
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.
 
Beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.
 
 

Tiada ulasan: