KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengaktifkan semula program
pemutihan pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi menghadapi masalah
kekurangan tenaga manusia di beberapa sektor.
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Michael Kang
berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan secara prinsipnya telah
bersetuju dengan program pemutihan.
Beliau memberitahu Nanyang Siang Pau, Kementerian Sumber
Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan meneliti perkara itu secara
lebih lanjut.
Selepas dimuktamadkan dua kementerian itu, perkara itu akan dipanjangkan kepada Kabinet untuk kelulusan dan pengumuman.
Michael berkata, pihaknya sebelum ini telah mencadangkan program
pemutihan dan pertubuhan perindustrian dan perniagaan lain juga
dipercayai telah membangkitkan isu sama.
Pelbagai sektor telah mengeluh mengenai masalah kekurangan pekerja
selepas aktiviti ekonomi diaktifkan semula di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Untuk menghadapi isu itu, kerajaan telah membenarkan pengambilan
pekerja asing yang telah kehilangan pekerjaan, walaupun mereka sebelum
ini berkecimpung dalam sektor berbeza.
Michael berkata, selepas membenarkan pengambilan pekerja asing dari
sektor berlainan yang kehilangan kerja, program pemutihan akan membantu
mengurangkan lagi impak masalah kekurangan pekerja.
Sementara itu, Michael berkata, data Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) menunjukkan terdapat lebih 4,700 pekerja asing sah yang sedang
mencari pekerjaan pada masa ini.
Katanya, majikan yang mahu mengambil pekerja boleh berdaftar melalui laman sesawang Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana.
Jelasnya, pihak persatuan akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melakukan pemadanan pekerjaan.
Selain itu, majikan juga boleh melepaskan pekerja asing yang ada
untuk membolehkan majikan lain menggaji mereka. – MalaysiaGazette
Temubual
eksklusif bersama bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri Datuk Seri J.
J Raj Jr. di kediamanya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto
AFFAN FAUZI,
TANGGAL 22 Februari 1950.
Ketua Polis Pagoh, Inspektor J.J Raj bersama 10 anggotanya yang lain
menuju ke Balai Polis Bukit Kepong untuk membuat lawatan dan pemeriksaan
ke atas balai tersebut. Ketibaan mereka disambut ketuanya, Sarjan Jamil
Mohd. Shah dan penghulu kampung, Penghulu Ali.
Raj dan Jamil ketika itu masih muda, masing-masing baru berumur 27 dan 28 tahun
Selepas menikmati makan tengah hari, kesemua mereka menaiki basikal membuat rondaan di sekitar pekan Bukit Kepong.
Pekan itu kecil sahaja, hanya ada kira-kira 30 buah kedai orang Cina
tetapi di sekitar kampung-kampung berhampiran ada lebih kurang 1,300
penduduk yang terdiri daripada orang-orang Melayu.
Sebenarnya selain daripada rondaan biasa, kedatangan Raj membawa
maksud yang lebih penting. Beliau bimbang kerana mendapat laporan awal
dari Cawangan Khas yang mengatakan kemungkinan komunis akan cuba
melakukan serangan ke atas balai-balai polis yang berada di bawah
seliaannya.
Untuk rekod, selaku Ketua Polis Pagoh, Raj bertanggungjawab menyelia
dan menjaga 20 pondok serta 20 buah balai polis termasuk Balai Polis
Bukit Kepong.
Sebelum beredar dari Bukit Kepong kira-kira pukul 7 malam, Raj sempat
berpesan kepada Jamil agar berhati-hati. Beliau juga menyerahkan
beberapa buah senjata dan peluru tambahan kepada Jamil sebagai
persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
“Jangan bimbang Tuan OCPD, biar putih tulang, jangan putih mata,” kata Jamil.
Ketika itu Raj tidak begitu faham apa yang cuba disampaikan oleh
Jamil. Selepas bersalaman, beliau pun bertolak pulang ke Pagoh untuk
menjalankan tugasnya seperti biasa.
Rupa-rupanya sepanjang sehari suntuk bersama Jamil, Penghulu Ali dan
orang-orang kampung, ada kira-kira 180 orang pengganas komunis sedang
memerhatikan pergerakan mereka dari jauh.
Mereka sudah pun mengepung kawasan di belakang balai polis tersebut
namun ia tidak disedari oleh Raj, Jamil dan yang lain-lain kerana
kawasan berkenaan dikelilingi semak samun dan hutan yang tebal.
SERANGAN SUBUH
Tepat kira-kira pukul 4.30 pagi hari berikutnya, pengganas meniup
trumpet buat kali pertama sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu ke
arah Balai Polis Bukit Kepong.
Sebaik sahaja menyedari perkara tersebut, Jamil dan 20 orang
anggotanya mengambil tempat masing-masing sebelum membalas tembakan
menggila daripada ratusan pengganas komunis itu.
Jamil dan anggotanya berlindung daripada peluru yang bersimpang-siur dari dalam kubu yang terletak di balai berkenaan.
Mereka bertempur hampir dua jam lamanya tanpa henti.
Walaupun kekuatan musuh hampir tujuh kali ganda daripada mereka,
Jamil dan anak-anak buahnya tidak menghiraukan situasi tersebut.
Dengan senjata dan peluru yang terhad, mereka tetap cuba bertahan agar balai berkenaan tidak jatuh ke tangan musuh.
Kira-kira pukul 6.30, pengganas komunis meniup trumpet untuk kali kedua meminta anggota-anggota polis di situ menyerah diri.
Biarpun menyedari ramai anggotanya telah terbunuh dan cedera parah,
Jamil tetap enggan menyerah sebaliknya terus menjerit kata-kata yang
pernah dia lafazkan pada Raj beberapa jam sebelumnya – biar putih
tulang, jangan putih mata!
Berang dengan pekikan keramat Jamil, pengganas komunis meniup trumpet mereka untuk kali ketiga.
Rupanya tiupan itu adalah ‘signal’ untuk memberitahu rakan-rakan
mereka agar mempergiatkan serangan. Kali ni pengganas komunis semakin
mara ke hadapan. Pun begitu mereka masih gagal untuk masuk ke dalam
kawasan balai disebabkan tindak balas agresif Jamil dan anak-anak
buahnya.
Berang dengan situasi tersebut, mereka mula melemparkan ‘molotov
cocktail’ hingga menyebabkan Balai Polis Bukit Kepong habis terbakar.
BERGEGAS KE LOKASI
Jam pukul 6 pagi.
Raj yang masih lagi kepenatan setelah mengharung perjalanan panjang
dari Bukit Kepong ke Pagoh, tiba-tiba dikejutkan dengan berita serangan
ke atas Balai Polis Bukit Kepong daripada anggota di Balai Polis Lenga.
Laporan itu diterima daripada penduduk Kampung Durian Chondong yang terletak tidak jauh dari Bukit Kepong.
Temubual
eksklusif bersama bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri Datuk Seri J.
J Raj Jr. di kediamanya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto
AFFAN FAUZI,
“Sebenarnya sewaktu serangan, penduduk kampung di situ
‘terkeliru’…mereka menyangka ia adalah letupan bunga api dan mercun
kerana kebetulan hari itu adalah sambutan tahun baru Cina.
“Akhirnya setelah mengenalpasti ia adalah bunyi tembakan, penghulu
kampung tersebut mengarahkan dua orang anak buahnya menaiki sampan pergi
ke Balai Polis Lenga, dari situlah berita itu dipanjangkan kepada saya
di Pagoh,” kata Raj dalam eksklusif dengan Malaysia Gazette di
kediamannya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Sebaik sahaja mendapat khabar mengejutkan itu, Raj bersama 10 orang
anggotanya segera mengambil keputusan untuk kembali semula ke Bukit
Kepong.
Namun untuk kembali semula ke balai polis itu bukanlah satu perkara yang mudah.
Ini kerana mereka perlu menempuh perjalanan melalui darat dan sungai
disamping perlu berwaspada daripada ancaman serangan hendap oleh
pengganas komunis yang bersembunyi dalam kawasan hutan di situ.
Hanya kira-kira tiga jam kemudian, barulah mereka tiba di balai malang tersebut.
“Bila saya sampai, saya nampak balai polis itu telah terbakar, hati
saya luluh, saya hampir tidak mengenali anggota-anggota polis ini kerana
kebanyakannya telah rentung, setelah ditembak, komunis membakar pula
mayat mereka.
“Paling menyedihkan, mereka juga menembak hingga mati isteri dan
anak-anak anggota ini, mayat mereka juga turut dibakar!,” kata Raj.
Temubual
eksklusif bersama bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri Datuk Seri J.
J Raj Jr. di kediamanya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto
AFFAN FAUZI,
Menurutnya, antara perkara pertama yang mereka lakukan ketika sampai
di balai polis itu adalah mengumpulkan anggota polis yang cedera untuk
dihantar ke hospital dengan menaiki bot.
Disebabkan terlalu sedih melihat keadaan yang menimpa rakan-rakan
mereka, anggota-anggota polis yang datang bersamanya tadi menjadi
terlalu marah dan nekad untuk membalas dendam.
Namun beliau meminta mereka supaya bersabar dan memantau keadaan di
situ terlebih dahulu agar tidak ‘tersalah langkah’ dalam mermbuat
tindakan susulan.
“Mereka akhirnya akur dan diam sahaja…sebenarnya saya bimbang, kalau
saya tak keluarkan arahan sebegitu, mereka akan tembak semua orang Cina
di sana kerana ‘panas hati’.
“Saya kata jangan, sabar dulu,” kata Raj.
Temubual
eksklusif bersama bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri Datuk Seri J.
J Raj Jr. di kediamanya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto
AFFAN FAUZI,
SEMANGAT MELAYU
Menyentuh mengenai semangat juang anggota-anggota polis di balai
tersebut, Raj mengakui, keberanian dan semangat yang mereka miliki
ternyata luar biasa.
“Mereka tidak faham (mengerti) apa erti menyerah kalah, Sarjan Jamil
dan para anggotanya sebagai contoh, mereka boleh saja ambil jalan senang
(mudah) dengan menyerah diri apatah lagi bila mengenangkan ada anak dan
isteri mereka (di balai itu), namun mereka nekad untuk tidak mahu
berbuat demikian.
“Saya perhatikan ada dua perkara yang membuatkan semangat dan
kemarahan orang Melayu akan memuncak, pertama jika agama mereka digugat
dan kedua jika keluarga mereka diganggu…inilah yang komunis buat pada
mereka di Balai Polis Bukit Kepong sebab itu tidak hairan mengapa mereka
begitu bersemangat melawan dan langsung tidak gentar.
Temubual
eksklusif bersama bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri Datuk Seri J.
J Raj Jr. di kediamanya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto
AFFAN FAUZI,
“Sampaikan anggota polis marin yang menjaga bot di sungai pun
langsung tidak ‘cabut lari’…malah mereka sanggup tunggu dan melawan
walaupun akhirnya mereka juga terkorban,” kata Raj.
Untuk rekod, dalam serangan berdarah itu, seramai 27 orang telah
terkorban iaitu 14 orang daripadanya adalah anggota polis, polis bantuan
(5), isteri polis (4) dan anak-anak mereka (4). Empat anggota polis
juga mengalami kecederaan parah.
Dalam pada itu, Raj yang kini usianya telah mencecah 99 tahun
berharap, generasi sekarang tidak akan melupakan sejarah dan pengorbanan
mereka yang berjuang bermati-matian dalam usaha untuk melihat negara
ini mencapai keamanan seperti mana yang dinikmati ketika ini.
Temubual
eksklusif bersama bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri Datuk Seri J.
J Raj Jr. di kediamanya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto
AFFAN FAUZI,
Namun corak perjuangan sekarang, menurut Raj, mungkin sudah berubah
di mana ia memerlukan mereka menggunakan lebih banyak pemikiran
berbanding kudrat.
“Mereka perlu berkata pada diri mereka…ibu bapa saya telah banyak
berkorban…jadi saya perlu memastikan telah membuat persiapan dan segala
keperluan bagi menghadapi sebarang keadaan dan situasi yang mendatang,”
katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Raj yang kini bergelar Tan Sri bersara daripada pasukan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dengan pangkat Komisioner Polis. Jawatan terakhirnya
adalah Pengarah Pengurusan PDRM sebelum meninggalkan Bukit Aman. –
Malaysia Gazette
Muhyiddin Yassin memeriksa perbarisan anggota Rela di Universiti Malaysia Sabah hari ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan
peruntukan RM10 juta kepada Jabatan Sukarelawan (Rela) di Sabah untuk
membeli pakaian seragam baru kepada kira-kira 298,561 anggota di negeri
itu.
“Saya setuju memberikan peruntukan RM10 juta sebagai satu sumbangan
kecil bagi menghargai perkhidmatan cemerlang pasukan Rela di Sabah.
“Teruskan usaha bekerja untuk menjaga keamanan Sabah, kita kena
pelihara perpaduan kaum yang ada di sini,” katanya ketika berucap dalam
perjumpaan dengan anggota Rela di Universiti Malaysia Sabah hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Ketua Setiausaha
Negara, Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin,
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
dan pemangku Timbalan Ketua Pengarah Rela, Kamarudin Mohd Rapig.
Muhyiddin berkata, kira-kira 3 juta anggota Rela di seluruh negara
yang merupakan barisan pertahanan ke-3 perlu memberi sokongan kepada
kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan negara terus aman dan damai.
Muhyiddin
Yassin (tengah) menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Rela
Sabah di Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
“Kita mesti kukuhkan kerjasama ini demi perpaduan rakyat tidak kira apa kaum, kaya atau miskin.”
Terdahulu, beliau mengucapkan terima kasih kepada 1,319 anggota Rela
yang menjadi petugas barisan depan bagi membendung penularan Covid-19.
“Seluruh keanggotaan Rela mempunyai peranan tersendiri yang penting
dalam membantu kerajaan, baik dari aspek menjaga keselamatan awam,
pengagihan bantuan dan makanan, sehinggalah usaha mendisiplinkan
masyarakat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan, ini semua sangat
dihargai kerajaan.”
Antara
faedah disediakan melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
(SKSPS) adalah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal,
elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan
mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan pinjaman
pendidikan.
MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berharap lebih ramai
penghantar makanan mendapatkan perlindungan keselamatan sosial melalui
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata, ini kerana sehingga
kini pihaknya hanya menerima 62 pencarum berdaftar di bawah SKSPS,
sedangkan difahamkan terdapat hampir 600 penghantar makanan di seluruh
Melaka.
“SKSPS memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja
sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan
kemalangan semasa bekerja termasuk tanggungan mereka jika berlaku
kematian berkaitan bencana pekerjaan.
“Justeru, kita menyeru semua individu yang bekerja sendiri terutama
penghantar makanan dan masih belum berdaftar di bawah SKSPS untuk hadir
ke mana-mana pejabat Perkeso,” katanya hari ini.
Beliau berkata, antara faedah yang disediakan melalui skim itu adalah
faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun
layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat,
kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan pinjaman pendidikan.
Ketua
Audit Negara (LKAN), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid bercakap pada
sidang media pembentangan Laporan LKAN Tahun 2019 di Jabatan Audit
Negara, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
PUTRAJAYA- Kementerian Pertahanan dilaporkan tetap menerima sembilan buah kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) untuk kegunaan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun kenderaan tersebut tidak mengikut spesifikasi.
Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 mendedahkan, disebabkan
kegagalan mematuhi spesifikasi ditetapkan PBB itu, Kementerian
Pertahanan telah mendedahkan anggotanya kepada bahaya dan tidak boleh
menerima pulangan balik (reimbursement) penuh daripada PBB.
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata,
kenderaan tersebut sepatutnya dilengkapi sistem senjata bersepadu
bagaimanapun kenderaan yang diterima tidak mempunyai sistem berkenaan.
Tambahnya, disebabkan itu, PBB hanya membuat pulangan bayaran
sebanyak RM2.03 juta sahaja kepada Kementerian Pertahanan berbanding
RM4.25 juta mengikut perjanjian asal.
“Kalau ikut spesifikasi PBB mesti ada sistem senjata integral, bermakna sistem tersebut adalah sebahagian daripada APC berkenaan.
“Anggota dalam APC boleh tembak daripada dalam tetapi disebabkan
kenderaan yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi maka anggota perlu
keluarkan kepala, baru boleh membuat tembakan. Ini membahayakan anggota
tetapi Kementerian Pertahanan terima juga walaupun berisiko kepada
anggota.
“Ini juga adalah kerugian kerana jika APC tersebut mengikut
spesifikasi PBB, meskipun harganya mahal tetapi kita akan dapat
pemulangan wang penuh berbanding apa yang berlaku sekarang,” katanya
semasa membentangkan LKAN 2019 Siri 1 di sini hari ini.
Tambah Nik Azman, APC-APC berkenaan tetap digunakan dalam misi Malbatt di Lebanon.
Selain itu, LKAN 2019 Siri 1 turut mendapati Kementerian Pertahanan
gagal mengutip denda lewat berjumlah RM116.54 yang dikenakan kepada
syarikat akibat kelewatan menyerahkan kapal peronda generasi kedua
littoral combatant ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia selama
kira-kira lapan bulan.
Kementerian Pertahanan juga telah membuat lebihan bayaran kemajuan LCS terbabit kepada syarikat berkenaan.
“Bayaran yang dibuat adalah RM910 juta atau 63 peratus kemajuan sedangkan kemajuan sebenar hanyalah 42 peratus.
“Ini menyebabkan Kementerian Pertahanan telah membayar lebih 21 peratus berbanding kerja sebenar,” katanya lagi.
Kementerian Pertahanan juga gagal mengutip denda lewat ke atas
pembekalan pelancar Lightweigher Multiple Launcher- New Generation
berjumlah RM15.04 juta.
“Mereka tempah 24 tetapi 20 pelancar lewat dibekalkan. Denda
kelewatan juga tidak dikutip semasa audit dijalankan,” katanya.
-MalaysiaGazette
Tiada
elemen gangsterisme atau kumpulan haram ditemui dalam pergaduhan
kumpulan di Dataran Merdeka awal pagi tadi kata Ketua Polis Daerah Dang
Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Addullah.
Dalam satu
kenyataan hari ini, beliau berkata, malah salah faham boleh menjadi
faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam
media sosial.
“Kami menerima panggilan pada 1.29 pagi tadi,
mengenai kejadian pergaduhan melibatkan beberapa remaja yang dilihat
menggunakan topi keledar di Dataran Merdeka. Kami dengan segera
mengerakkan pegawai kami termasuk pasukan Ops Cantas daerah ke lokasi,
namun apabila tiba di tempat kejadian, tiada pergaduhan berlaku.
“Dipercayai
salah faham antara dua kumpulan remaja di lokasi menjadi penyebab
pergaduhan itu dan bukannya gangsterisme atau aktiviti kumpulan haram,”
kata Mohd Fahmi dan menambah tiada laporan diterima daripada mana-mana
pihak.
Bagaimanapun
beliau berkata, seorang pegawai daripada pusat kawalan daerah telah
membuat satu laporan berkaitan kejadian itu dan siasatan sedang
dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata
di tempat rusuhan.
Sebuah video 15 saat telah viral di sosial
media awal hari ini menunjukkan kira-kira tujuh remaja, dengan
sebahagian mereka bersenjatakan topi keledar, bergaduh di Dataran
Merdeka di Kuala Lumpur.- Bernama
BAGAN SERAI - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap
mana-mana pihak yang melakukan provokasi perkauman termasuk menerusi
eksploitasi bahasa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah
Zainudin.
Katanya, ini kerana tindakan sedemikian jelas melanggar perlembagaan.
“Jangan
lakukan sesuatu perkara mengikut perasaan untuk mengangkat mana-mana
kumpulan. Negara ini masih berdaulat, kita ambil daripada penjajah untuk
kepentingan bersama, bukan untuk kepentingan mana-mana kaum,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) Bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort di
sini, hari ini.
Hamzah
yang juga Ahli Parlimen Larut mengulas perbuatan pihak tertentu
menampal tulisan Cina di tiga papan tanda nama jalan di Kuching, Sarawak
yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Sementara itu,
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, setakat ini pemilihan
serentak di semua bahagian parti bagi memilih Majlis Pimpinan Tertinggi
(MPT) Bersatu hari ini berjalan lancar.
Beliau berkata,
keputusan pemilihan membabitkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi,
tiga naib presiden dan 20 ahli MPT tersebut dijangka diketahui pada 10
malam ini.
Selain itu, beliau berkata, Perhimpunan Agung Bersatu yang
dijadualkan pada 26 September depan dijangka ditangguhkan berikutan
tarikh tersebut serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
"Saya
akan menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) Isnin ini untuk
meminta penangguhan perhimpunan itu agar perwakilan dari Sabah dapat
mengambil bahagian," katanya.
Hamzah juga meminta semua ahli
Bersatu memberikan sokongan 100 peratus kepada calon Barisan Nasional
(BN), Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.
PRK DUN Slim menyaksikan
pertandingan tiga penjuru melibatkan Mohd Zaidi dan dua calon Bebas
iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru, S.
Santharasekaran.- Bernama
LADANG kelapa sawit di Kampung Tinagat, Tawau dikesan menjadi lokasi
transit sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup
masuk ke negara ini secara haram.
Berikutan itu, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Pasukan
Polis Marin (PPM) melakukan serbuan di lokasi berkenaan tengah malam
tadi.
Bagaimanapun, hanya seorang lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai
warga Indonesia berjaya ditahan manakala yang lain berjaya melarikan
diri ke kawasan hutan berdekatan.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Empat Tawau Deputi
Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, serbuan itu dilakukan pada
12.30 tengah malam.
Menurutnya, susulan itu pihaknya melakukan satu lagi serbuan beberapa
jam kemudiannya di Jalan Batu Payung dan menahan enam lagi PATI.
"PPM menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun bersama PATI berkenaan.
"PATI berkenaan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita
masing-masing berusia antara 20 hingga 57 tahun serta seorang
kanak-kanak perempuan berusia empat tahun," katanya.
Mohd Nazari berkata, siasatan awal mendapati kesemua mereka tidak
memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah selain disyaki
menyusup masuk secara haram melalui laluan yang tidak diwartakan.
"Kesemua mereka kemudiannya ditahan dan dibawa ke Pangkalan Markas
Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan
Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan 2010),"
katanya.
Malaysia Gazette Jaket kalis peluru daripada lapisan helaian kulit bahagian pangkal pelepah kelapa
KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti
Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan perisai pelbagai lapisan (MA)
kalis peluru daripada lapisan helaian kulit bahagian pangkal pelepah
kelapa (CNS) yang boleh menggantikan fabrik Kevlar pada jaket kalis
peluru, tanpa menjejaskan prestasi balisiknya.
Ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Mohammad Jawaid berkata, inovasi yang diberi nama Techno Economic Hard Body Armour itu
digunakan pada jaket sebagai jaket kalis peluru, dan memenuhi
spesifikasi keperluan standard National Institute of Justice (NIJ) tahap
III.
Ujian balistik dilakukan menggunakan
peluru 7.62mm kaliber sebagai peluncur tenaga kinetik tinggi, dari jarak
15 meter, dengan halaju tembakan 838±15m/s.
Ujian dijalankan di Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) Selangor.
Hasil ujian mendapati kedalaman ukuran
trauma ketumpulan baju kalis peluru pelbagai lapisan berasaskan CNS
adalah 26.51mm, iaitu lebih rendah daripada had masksimum ‘blunt trauma
limit’ 44mm yang dibenarkan mengikut standard NIJ.
Dr.Mohammad yang juga Felo Penyelidik
Kanan (Profesor) di Laboratori Teknologi Biokomposit, Institut
Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM, berkata ia juga
menjimatkan 44 peratus kos fabrikasi berbanding MA yang berasaskan
Kevlar.
Menurutnya, secara umumnya MA terdiri
daripada seramik (SiC), komposit (Kevlar/epoxy) dan logam (Al). Namun
hambatan utama menggunakan komposit berasaskan fabrik aramid atau Kevlar
sebagai lapisan kedua dalam dalam MA ialah ia mahal dan boleh
mencemarkan alam sekitar.
“Oleh kerana sifatnya yang
bukan-biodegradasi, ia boleh mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan
eko-sistem, dan disebabkan fabrik aramid lebih mahal, ia akan
meningkatkan kos keseluruhan pembuatan MA,” katanya.
Beliau juga berkata, jaket kalis peluru
monolitik yang diperbuat daripada fabrik aramid atau keluli memerlukan
tahap ketebalan yang agak besar, yang boleh menjejaskan pergerakan dan
keselesaan pemakainya.
Justeru, katanya, penyelidikan dan kajian
yang dilakukannya adalah bagi menggantikan aramid fabrik/Kevlar dengan
bahan semulajadi (cocos nuciferea sheath/epoxy composite) yang mudah
diperolehi dan mesra alam tanpa menjejaskan prestasi balistik.
Katanya, Techno Economic Hard Body Armour menggunakan
lapan kepingan MA, dengan masing-masing empat di bahagian depan dan
empat di bahagian belakang jaket untuk menjadikannya jaket kalis peluru.
Berat Techno Economic Hard Body Armour adalah kira-kira 5 kg.
Ahli lain dalam kumpulan penyelidik itu
ialah pelajar PhD Jesu arockiam Navreen, Prof. Madya Dr. Edi Syams
Zainudin, Prof. Ir. Ts. Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan (semua dari
UPM), dan Dr. Ridwan Yahaya dari STRIDE. – MalaysiaGazette
Menteri
Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengakui bahawa cabaran untuk
menyelesaikan masalah mengenai kemasukan haram ke negara ini antara lain
adalah disebabkan segelintir pihak di Jabatan Imigresen yang memilih
jalan yang merosakkan imej jabatan mereka sendiri.
Semasa berucap
pada majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang jabatan itu hari ini,
Hamzah berkata masalah itu dapat diselesaikan segera dengan bantuan
pegawai yang ikhlas dan jujur di jabatan itu.
"Yang jadi masalah
kita ialah (segelintir) kita lakukan secara 'jalan-jalan' yang boleh
rosakkan imej kita, imej agensi kita, juga boleh rosakkan keadaan sosial
ekonomi kita.
"Sebab itu tanggungjawab saudara-saudara adalah tanggungjawab yang besar.
"Sebab
itu saya nak hadir hari ini, saya nak maklumkan, saya nak bersama
Jabatan Imigresen nak menentukan isu pendatang tanpa izin (Pati) akan
jadi satu-satunya isu yang boleh kita selesaikan dalam waktu secepat
mungkin bersama-sama saudara yang ikhlas dan jujur di depan saya,"
katanya.
Hamzah juga mendedikasikan sebahagian ucapannya untuk
memuji peranan pegawai imigresen dalam memerangi wabak Covid-19, dengan
menyatakan bahawa jabatan itu sering diabaikan oleh orang ramai ketika
menunjukkan penghargaan kepada barisan hadapan.
"Kadang-kadang
orang tak sedar, salah satu jabatan yang sebenarnya dapat menentukan
kejayaan untuk menangani masalah ini datangnya daripada banyak agensi
dan agensi yang terutama sebenarnya salah satunya ialah Jabatan
Imigresen sebagai petugas barisan depan.
"Banyak orang telah
memberikan kata-kata yang baik tentang Kementerian Kesihatan, hospital,
polis, agensi-agensi lain. Jarang sekali orang nak sebut nama Jabatan
Imigresen.
"Yang kita nampak masalah saja (seperti) Jabatan Imigresen
tangkap pendatang tanpa izin di Malayan Mansion, tangkap beberapa orang melalui operasi di pasar borong," katanya.
Bercakap
kepada pemberita selepas berucap, Hamzah mengatakan bahawa seramai
21,241 warga asing dihantar pulang antara 1 Januari dan 10 Ogos kerana
melanggar undang-undang imigresen.
Tahun lalu, kira-kira 50,000 warga asing dihantar pulang.
Mengenai
rancangan pemerintah untuk menukar menggantikan Rang Undang-Undang
Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kepada Rang
Undang-Undang Suruhanjaya Pengaduan Polis Bebas (IPCC), Hamzah
mengatakan perlu untuk berlaku adil kepada polis.
"Saya akan menjawabnya di parlimen. Untuk memastikan bahawa semua dilayan dengan adil.
"Saya
ingin memberikan kesaksamaan di hadapan undang-undang. Bukan hanya
mengenai suruhanjaya itu, tetapi juga kepada semua anggota polis dan
rakyat. Itu sangat penting di negara kita, iaitu memiliki kesaksamaan di
hadapan undang-undang," katanya.
IPCMC dibentuk pada 2005 oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diketuai oleh bekas ketua hakim Mohamed Dzaiddin Abdullah.
Susulan itu, pentadbiran BN enggan melaksanakan cadangan tersebut kerana tunjuk perasaan dari polis.
Ia
hanya dibentangkan di Parlimen pada bulan November 2019 oleh
pentadbiran Pakatan Harapan, yang menginginkan suruhanjaya pemantau itu
diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian undang-undang.
Walau
bagaimanapun, pentadbiran Perikatan Nasional yang kini mengambil alih
kerajaan mahu RUU IPCC diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
'Malaysia tumpang bersedih, doakan rakyat Lubnan tabah'
KUALA LUMPUR– Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit
dalam insiden letupan dahsyat yang menggegarkan ibu kota Beirut pada
Selasa.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein berkata berdasarkan laporan awal daripada Perwakilan Malaysia di
Beirut, semua rakyat Malaysia di Lubnan selamat dan dinasihatkan agar
terus kekal berada di rumah masing-masing.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan
rasa sedih dengan insiden yang mengorbankan sekurang-kurangnya 79
penduduk tempatan dan mencederakan lebih 4,000 yang lain.
“Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini.
“InsyaAllah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.
Kejadian pada kira-kira pukul 6 petang
waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang dekat pelabuhan itu
menjejaskan beratus-ratus kediaman dan bangunan berhampiran, termasuk
kediaman bekas perdana menteri Saad Hariri.
Kementerian Dalam Negeri dalam pada itu
memaklumkan gudang itu dipercayai menyimpan ammonium nitrat secara haram
sejak enam tahun lalu.
Antara yang terbunuh adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.
Sementara itu, Perdana Menteri, Hassan
Diab menyifatkan kejadian itu sebagai ‘malapetaka’ dan individu
bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tegas.
SEBELUM ini heboh kononnya 27 etnik Rohingya yang cuba memasuki negara ini dkhuatiri mati lepas.
Ia gara-gara laporan awal daripada seorang etnik Rohingya yang
‘terselamat’ kononnya 24 orang penumpang lain dikhuatiri lemas selepas
dikatakan terjun dari sebuah bot di Pulau Langkawi pada Sabtu, pukul 8
malam.
Bagaimanapun Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd
Zawawi Abdullah percaya itu adalah helah terbaharu kumpulan pendatang
asing tanpa izin itu untuk menyusup masuk ke dalam negara.
Selepas operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan, pihak berkuasa
menjumpai seramai 13 lelaki, sembilan wanita dan lima kanak-kanak
terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan dijumpai bersembunyi
di Pulau Rebak Besar pada pukul 6.15 petang semalam.
“(Awalnya) pasukan operasi mencari dan menyelamat itu gagal menemukan
sebarang petunjuk atau mangsa. Pasukan operasi kemudian mendapat aduan
dari seorang nelayan tempatan yang menemukan seorang lelaki etnik
Rohingya di Pulau Rebak Besar, seterusnya bot Kilat Maritim Malaysia
telah diatur gerak ke lokasi berkenaan.
“Migran tersebut telah dibawa pulang ke Jeti Maritim Malaysia Negeri
Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan. Dia kemudian memaklumkan
ada 26 lagi migran masih bersembunyi di pulau itu.
“Ekoran itu, Bot Kilat dan Kapal Maritim (KM) Gagah bersama aset
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pencarian sebelum
menemukan 26 lagi migran berusia antara lima hingga 45 tahun,” kata Mohd
Zawawi.
Mohd Zawawi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut di sini hari ini.
Bernama melaporkan, semua migran seramai 28 orang itu termasuk
pengadu telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis,
Bukit Malut untuk siasatan lanjut dan menjalani saringan awal COVID-19
sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Hasil siasatan awal mendapati, migran terbabit telah terjun dari sebuah bot nelayan sebelum berenang ke pulau berkenaan.
“Kita masih menyiasat sejak bila mereka berada di pulau tersebut dan
bagaimana berjaya lolos masuk ke perairan negara. Selain itu, siasatan
mendapati migran ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua tekong darat
atau ‘dallal’ yang ditangkap dalam operasi melibatkan lima agensi, 21
Julai lalu.
“Berkenaan modus operandi pergerakan migran ini, kita tidak menolak
kemungkinan sebuah bot nelayan perlu datang untuk mengambil mereka
tetapi kerana dua tekong darat itu telah ditahan menyebabkan mereka
kehilangan arah menyebabkan seorang berenang menuju kawasan ‘breakwater’
(pemecah ombak) di Kuala Chenang,” katanya.
Sementara itu Mohd Zawawi melahirkan rasa kesal dengan sikap nelayan
tempatan yang disyaki menjadi ‘pengangkut’ membawa masuk migran ke
negara ini.
Menurutnya, siasatan mendapati modus operandi sindiket menggunakan
taktik menyeludup migran daripada bot induk yang berada berhampiran
sempadan perairan negara ke bot nelayan tempatan bagi mengaburi pihak
berkuasa tempatan.-SM
BOT nelayan tempatan menggunakan kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang semalam.
GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan
pada kedudukan 0.5 batu nautika dari barat laut Pulau Tikus dekat sini
selepas disyaki menggunakan kru warga asing, semalam.
Pengarah Maritim Malaysia negeri,
Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tempatan kelas A itu diperiksa
kira-kira pukul 3 petang ketika melakukan rondaan Op Pertiwi di sekitar
perairan negeri ini.
Beliau berkata, turut ditahan seorang
tekong lelaki warga tempatan berumur 37 tahun serta seorang lelaki
warga tempatan bersama empat awak-awak dipercayai etnik Rohingya
berumur antara 19 hingga 33 tahun.
Tambah beliau, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
“Tekong dan lima awak-awak serta bot
termasuk dua pukat hanyut, tiga tong ikan, satu motor penarik pukat dan
peralatan-peralatan lain berada di atas bot dibawa ke Jeti Pasukan Polis
Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut.
“Difahamkan bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hamizan berkata, kes disiasat
mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga
asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal dan berada di
Malaysia tanpa pas atau permit.
Beliau meminta orang awam melaporkan
sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di
laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau
Pusat Operasi Maritim negeri di talian 04-2626146 atau 04-2643650. –
UTUSAN ONLINE
WAD
Bersalin yang masih beroperasi hingga kini ketika tinjauan Utusan
Malaysia di Hospital Kajang, Selangor, semalam. - FOTO/AMIR KHALID
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 46
hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara dikenal pasti
sebagai daif dan ‘uzur’ yang berisiko jika berlaku kejadian tidak
diingini terutama kebakaran.
Perkara itu turut disahkan oleh dua
bekas menteri, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam dan mengakui isu itu mendapat perhatian serius mereka semasa
menerajui Kementerian Kesihatan.
Sumber mendedahkan kepada Utusan
Malaysia, hospital-hospital terbabit yang menempatkan kira-kira 30,000
katil pesakit memiliki sistem pendawaian elektrik berbahaya.
“Kebanyakan hospital terbabit berusia
lebih lima dekad dan ada yang beroperasi lebih 100 tahun. Implikasinya
jika berlaku kebakaran akibat litar pintas atau punca lain, risikonya
bukan sedikit.
“Keadaan pendawaian yang berselirat, lama dan kurang efisien menyebabkan sukar untuk mendapat kelulusan bomba.
“Bekalan kuasa (power supply) di
hospital-hospital berkenaan dipercayai tidak mampu lagi menampung
peralatan moden yang ditempatkan di hospital, akibatnya banyak
mesin yang rosak,” kata sumber semalam.
Antara hospital lama yang terlibat
termasuk berusia lebih 100 tahun ialah Hospital Kajang yang beroperasi
pada 1910 dari bangunan asal dibina pada 1889; Hospital Kuala Lumpur
(1870), Hospital Pulau Pinang (1882), Hospital Sultanah Aminah (HSA),
Johor (1882); Hospital Batu Gajah, Perak (1880); Hospital Raja
Permaisuri Bainun, Perak (1896) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Kota Bharu (1920-an).
Pada 28 Jun lalu, Wad Per-ubatan
Perempuan HSA terbakar tetapi tiada kecederaan dan kematian dilaporkan
dalam kejadian pukul 3 petang itu.
Ketika kejadian, 52 pesakit berada
dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu, 24 pesakit
berada dalam wad yang terbakar diselamatkan oleh Pasukan Tindakan
Pantas (Emergency Respon Team).
Difahamkan, kos untuk membaikpulih dan
menaiktaraf kesemua hospital daif tersebut menelan belanja antara RM3
bilion hingga RM5 bilion.
Ia termasuk kos mengosongkan hospital
dengan ribuan pesakit dipindahkan ke hospital-hospital kerajaan yang
lain dan hospital swasta.
“Jika kerja-kerja menaiktaraf tidak
disegerakan, apa yang terdaya dibuat oleh pihak berkuasa hanyalah
mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa berwaspada memantau
kemalangan atau kebakaran dari berlaku,” katanya.
Kedua-dua Dzulkefly Ahmad dan
Subramaniam yang dihubungi berkata, proses penambahbaikan
hospital-hospital daif itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana
masalah kewangan dan operasi hospital yang tidak boleh dihentikan
sewenang-wenang-nya.
Kata Dzulkefly: “Isu keselamatan dan
(risiko) kebakaran memang wujud dan lebih dikesalkan lagi kerana apabila
melibatkan hospital swasta, kita sangat tegas dan ketat pula.
“Bagi saya, apa ketetapan yang
diberikan kepada hospital swasta melalui Akta 586 (Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998) perlu juga dikuatkuasakan
kepada hospital kerajaan.”
Cuma isu hospital-hospital ‘uzur’
berkenaan jika kerja-kerja menaik taraf atau baik pulih hendak
dipercepatkan, adakah kaedah konvensional dengan cara tender dibuka
harus terus digunapakai?
Atau urusan memulihkan
hospital-hospital daif berkenaan boleh dibuat secara serentak melalui
kerjasama dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLCs) termasuk
Khazanah Nasional Berhad dan kemudian kerajaan membayar kosnya secara
tahunan? – UTUSAN
Kontena-kontena yang mengandungi sisa toksik EAF dari Romania.
ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 110 unit kontena berisi bahan buangan debu
jenis ‘electric arc furnace’ (EAF) berasal dari Romania dikesan
ditinggalkan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bulan lepas, kata
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, penemuan bahan buangan terjadual berstatus transit
seberat 1,864 tan itu dilaporkan oleh pihak PTP pada 3 Jun dan
kemudiannya disahkan sebagai bahan buangan terjadual oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS) pada 15 Jun.
“Hasil siasatan mendapati maklumat dalam borang deklarasi tidak
sepertimana yang terkandung dalam kontena berkenaan (sebelum ini
diisytihar membawa pekatan zink). JAS selaku pihak berkuasa Konvensyen
Basel tidak pernah memberikan kelulusan dan menerima notifikasi daripada
pihak pengeksport untuk buangan tersebut transit di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kontena
berkenaan di Wisma Kastam PTP, di sini, hari ini. Turut hadir Ketua
Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Zaini Ujang,
Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar serta pihak pengurusan PTP.
Menurut Tuan Ibrahim, bahan buangan debu EAF diklasifikasikan sebagai
buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel dan
dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW104 di bawah
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling.
Justeru, beliau berkata pihak JAS telah memaklumkan pihak berkuasa
Konvensyen Basel bagi Romania untuk urusan penghantaran balik 110 unit
kontena ke negara asal serta pihak Interpol untuk siasatan lanjut.
“Saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli kepada Konvensyen Basel,
Malaysia komited untuk memenuhi sepenuhnya obligasi di bawah konvensyen
ini,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini,
terdapat 28 kes pengimportan haram buangan terjadual yang berjaya
dikesan dan dipatahkan oleh JAS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja
Malaysia dan pihak berkuasa pelabuhan.
“Penemuan bahan buangan terjadual jenis debu EAF yang hanya transit
di Malaysia sebelum dijadualkan ke Indonesia itu, merupakan penemuan
terbesar dalam sejarah Malaysia,” kata beliau.
Katanya, bahan buangan terjadual jenis EAF yang dihasilkan daripada
industri berasaskan besi dan keluli mengandungi logam berat yang amat
berbahaya seperti zink, ferum, kromium, kadmium dan plumbum.
“Jika tidak diuruskan dan dikendalikan mengikut prosedur tertentu,
akan menyebabkan kesan buruk bukan sahaja terhadap alam sekitar, malah
boleh menjejaskan kesihatan,” katanya. – MalaysiaGazette
Anggota
PGA mengawal sempadan negara ketika Hamzah Zainuddin melawat polis
sempadan menghubungkan Malaysia dan Indonesia di Teluk Melano kira-kira
140km dari Kuching semalam. (Gambar Bernama)
KUCHING: Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan pendekatan baru
untuk mengawal sempadan darat negara menerusi pelaksanaan pos kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) secara bergerak.
Menterinya, Hamzah Zainudin berkata ia merujuk sempadan
Malaysia-Indonesia di Sarawak yang mempunyai banyak “laluan tikus” dan
sering berubah-ubah.
“Saya perhatikan apabila kita membina pos kawalan PGA di sesuatu
kawasan sempadan yang mempunyai laluan masuk ke negara ini, tidak lama
selepas itu akan wujud ‘lorong tikus’ baru yang berubah mengikut
kesesuaian pihak sebelah sana.
“Jadi, dengan pelaksanaan pos kawalan PGA bergerak ini, saya
kira ia lebih mudah untuk pasukan keselamatan kita bergerak dan
tentukan di mana pos kawalan bagi mengawal sempadan kita mengikut
keadaan semasa,” katanya selepas melawat Sub Taktikal PGA Teluk Melano
dekat sempadan Malaysia-Indonesia di sini semalam.
Beliau berkata, kemudahan lebih baik untuk PGA di Teluk Melano akan
dilaksanakan di tanah berkeluasan kira-kira 4ha merangkumi sebuah
bangunan, kuarters dan kemudahan jalan raya.
Katanya, sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan
dibina serta dijangka siap tahun ini bagi melengkapi Teluk Melano yang
mengalami transformasi kerana terdapat akses Lebuhraya Pan Borneo yang
bakal menjadi tumpuan kedua-dua negara, selain merancakkan lagi sektor
ekonomi di sini.
“Terdapat keseluruhan 21 projek yang sudah dan akan dijalankan di
Sarawak yang melebihi RM700 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan
semua projek itu akan siap menjelang 2020 dan sesudah itu, lengkaplah
perjanjian kerajaan persekutuan dengan Sarawak.”
Beliau berkata, dalam perbincangannya bersama Ketua Menteri, Abang
Johari Openg kelmarin, KDN akan meningkatkan keselamatan di pesisiran
pantai Sarawak.
“Kita akan tengok secara terperinci cara untuk membantu industri
perikanan Sarawak agar ia tidak diganggu nelayan asing yang berjaya
membolosi perairannya.
“Ini membuktikan kerajaan persekutuan sentiasa
menitikberatkan Sarawak serta menunaikan janjinya apabila kita
mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat.”
Difahamkan,
Miros sudah memulakan tinjauan dalam talian untuk menilai pendapat umum
dan penyelidik akan mengkaji tingkah laku, corak operasi dan
menganalisis data kemalangan jalan mengenai penghantar makanan.
KUALA LUMPUR: Sebuah agensi keselamatan jalan raya kerajaan akan
mengadakan perbincangan dengan pengendali penghantaran makanan mengenai
kadar tinggi kemalangan membabitkan penunggang motosikal perkhidmatan
itu.
Ketua Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) berkata,
kadar kemalangan jalan raya membabitkan penghantar makanan ketika
perintah kawalan pergerakan membimbangkan.
“Empat kematian, 55 kecederaan serius dan 73 kecederaan ringan dalam 3
bulan dalam kalangan penghantar makanan menggunakan motosikal dari 2
syarikat aplikasi bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan,” kata Ketua
Pengarah Miros, Khairil Anwar Abu Kassim.
Merujuk laporan FMT baru-baru ini mengenai kadar tinggi
kemalangan membabitkan penghantar makanan, Khairil Anwar berkata, Miros
akan berhubung segera dengan pelbagai syarikat aplikasi penghantaran
makanan, termasuk Foodpanda dan GrabFood.
“Kami akan menekankan kepada pengendali keperluan menetapkan garis
panduan dan latihan operasi selamat untuk penghantar makanan,” katanya
sambil menambah penghantar makanan tidak patut merisikokan nyawa sendiri
untuk menghantar makanan.
Beliau juga bimbang dengan trend penggunaan telefon pintar ketika menunggang motosikal.
“Semua tumpuan perlu terletak pada jalan raya. Menggunakan telefon
pintar semasa menunggang tidak boleh dijadikan amalan biasa, walaupun
ada yang memasang peranti ‘hands-free’ pada motosikal.
“Sebelum memulakan perjalanan (untuk menghantar makanan), lebih baik
melihat peta digital dalam telefon pintar untuk menentukan laluan ke
lokasi pelanggan.
“Katakanlah, jika penunggang tidak yakin dengan lokasi pelanggan,
berhenti dengan selamat di tepi jalan (untuk melihat peta) dan jangan
lakukannya ketika menunggang. Lebih baik selamat daripada menyesal
kemudian.”
Difahamkan, Miros sudah memulakan tinjauan dalam talian
minggu ini untuk menilai pendapat umum dan penyelidik akan menjalankan
kajian mendalam mengenai tingkah laku, corak operasi dan menganalisis
data kemalangan jalan daripada polis mengenai penghantar makanan.
Sementara itu, Grab berkata, ia tidak berkompromi terhadap pelanggaran peraturan lalu lintas dan pemanduan cuai.
Katanya, pemandu dan penghantar makanannya sentiasa diingatkan untuk
mengutamakan keselamatan diri serta mematuhi peraturan jalan raya
seperti had laju ditetapkan, papan tanda jalan dan lampu isyarat, serta
menggunakan peranti “hands-free” ketika memandu dan menunggang.
Grab berkata, ia mampu menilai prestasi pemandu dan penunggang di
jalan raya melalui pemantauan keletihan serta laporan telematik.
“Mereka menerima laporan secara tetap mengenai corak pemanduan mereka seperti pandu melebihi had laju, pemecutan dan membrek.”
Grab menafikan penunggangnya tidak menjalani latihan atau mereka tidak mempunyai perlindungan insurans mencukupi.
“Penunggang kami dikehendaki menjalani latihan keselamatan pemandu
dan penilaian praktikal serta dilengkapi topi keledar untuk rakan
pemandu dan penumpang, juga jaket pantulan cahaya untuk pemandu.”
Katanya, penunggang dilindungi insurans kemalangan diri berkumpulan
dengan rakan kongsi yang aktif berprestasi tinggi turut dilindungi
insurans sepanjang masa.
Foodpanda belum memberi maklum balas terhadap permintaan untuk komen daripada FMT.
Pencerobohan
kapal Pengawal Pantai China (CCG) di perairan Malaysia lebih 89 kali
sejak 2016 bukan bermaksud Malaysia tidak berdaya mempertahankan wilayah
perairannya, kata pakar.
Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan
Strategik Universiti Malaya, Roy Anthony Rogers berkata Malaysia telah
bertindak dengan menyampaikan rasa tidak senangnya terhadap pencerobohan
di Luconia Shoals - juga dikenali sebagai Beting Patinggi Ali- melalui
kaedah diplomatik.
"Malaysia sebagai negara yang mengamalkan
sikap berkecuali telah melakukan yang terbaik untuk mencegah
pencerobohan dengan kemampuannya sendiri.
"Satu-satunya yang boleh
dilakukan pada ketika ini adalah dialog diplomatik dan tidak
menggunakan kekerasan, dalam kerangka undang-undang antarabangsa," kata
Rogers kepada Malaysiakini.
China,
katanya, harus sedar bahawa Malaysia adalah "teman istimewa" mereka dan
tidak boleh membahayakan persahabatan itu dengan melakukan
pencerobohan.
Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan China telah terjalin sejak tahun 1970-an.
"Sebenarnya,
Malaysia adalah antara negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf
China dan hubungan dua hala ini telah berkembang menjadi perniagaan,
perdagangan dan sosio-ekonomi.
"Malaysia telah menjadi rakan dagang yang kuat dengan China," katanya.
Jabatan
Audit Negara (NAD) sebelum ini mengatakan bahawa kapal CCG dan Tentera
Laut Pembebasan Rakyat China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak
89 kali antara 2016 dan 2019.
Malaysia telah mengeluarkan enam nota protes diplomatik terhadap China.
Semakan mendapati kapal CCG mengekalkan keberadaannya berhampiran Luconia Shoals, yang terletak 100km dari perairan Sarawak, sejak Disember tahun lalu hingga 7 Julai tahun ini.
Malaysia ada strategi sendiri
Sementara
itu, pensyarah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas)
Salawati Mat Basir tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa Malaysia lemah
dan tidak berdaya menangani pertikaian mengenai wilayah perairannya.
"Malaysia mempunyai strategi keselamatan sendiri yang tidak dapat didedahkan kepada umum.
"Kami mengadakan rundingan dengan China tetapi ia tidak diterbitkan."
Salawati,
yang mengajar subjek dasar luar dan kerjasama pertahanan, mengatakan
strategi diplomatik Malaysia telah menghalang China daripada bertindak
agresif.
"Tidak seperti Malaysia-China, Vietnam, Filipina dan
Taiwan terlibat dalam konfrontasi yang tegang dengan China dalam hal
pertikaian perairan.
"Malaysia dan China mempunyai hubungan yang baik kerana Malaysia mempunyai dasar diplomatik yang jelas dan teratur."
Sembilan Garis Putus-Putus
Berhubung
kapal CCG yang mengekalkan kehadirannya berhampiran Luconia Shoals,
Salawati berkata China hanya ingin menjadikan kehadiran mereka dirasakan
sesuai dengan tuntutan mereka di kawasan yang dipertikaikan.
Sebagai
rekod, China mendakwa kedaulatannya terhadap sebahagian besar Laut
China Selatan yang dikenali sebagai "sembilan garis putus-putus."
"Mereka tetap berada di kawasan itu untuk mempertahankan tuntutan mereka di sembilan garis putus-putus.
"Kapal-kapal
mereka tidak hanya dekat Luconia Shoals, tetapi juga di wilayah-wilayah
yang dipertikaikan yang melibatkan negara-negara Asean lain," katanya.
Perdana
Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan program Jualan Mega dan Kempen
Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Suria KLCC hari ini.
KUALA LUMPUR: Bagi menjadikan ibu negara sebagai sebuah bandar yang
lebih selamat dan kondusif untuk membeli-belah, Kementerian Wilayah
Persekutuan bercadang menambah sehingga 5,000 kamera litar tertutup
(CCTV) di kawasan strategik.
Menteri berkenaan Annuar Musa berkata, pihaknya meminta Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalin kerjasama dengan pihak swasta,
terutama pemaju dalam pemasangan kamera terbabit.
“(Kita) mungkin memasukkan syarat, antara lain, memasang kamera
keselamatan bukan hanya dalam bangunan, tetapi persekitaran bangunan
untuk menyokong usaha kerajaan menambah pemasangan kamera litar dan
keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jualan
Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan yang
dilancarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Suria KLCC di sini, hari
ini.
Annuar berkata, ketika ini, hanya beberapa ratus CCTV beroperasi di kawasan strategik di ibu negara dengan kerjasama polis.
Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Ketua Polis
Kuala Lumpur mengenai langkah bersama yang perlu diambil bagi memastikan
tahap keselamatan di ibu negara lebih terjamin.
“Segala usaha akan terus kita lakukan untuk menjaga, terutamanya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai pusat membeli-belah yang utama
dalam negara kita.
“Sudah tentu Kuala Lumpur perlu mempersiapkan diri untuk menjadi
sebuah bandar yang lebih kondusif kepada pelancong serta peniaga…
(lokasi) lebih selamat dan menarik,” katanya.
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) membangunkan sistem baharu bagi
menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) untuk meningkatkan
keupayaan mengesan pergerakan keluar masuk warga asing.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sudah
membuka tawaran tender kepada beberapa syarikat untuk membangunkan
sistem dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu.
Hamzah berkata, beliau yakin Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan
(NIISE) akan meningkatkan lagi kecekapan JIM apabila ia beroperasi
sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
"Kita akui kelemahan sistem sedia ada dalam mengenal pasti pergerakan
keluar warga asing, justeru kita akan pertingkatkan sistem dengan
membangunkan NIISE.
"NIISE itu nanti bukan sahaja akan mengesan pergerakan keluar masuk
warga asing malah mampu mengesan mereka yang tinggal di negara ini
melebihi tempoh," katanya kepada media selepas melawat Sub Taktikal
(SUBTEK) Pasukan Gerakan Am (PGA) Telok Melano, Sematan, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz;
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud; Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit
Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Setiausaha Bahagian
Pembangunan KDN, Datuk Rahmah Ramli dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk
Aidi Ismail.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Laporan Ketua Audit
Negara mengenai kegagalan Sistem MyIMMs mengesahkan pergerakan warga
asing kerana berlaku masalah system down sebanyak 4,489 kali bagi tempoh 2016 hingga 2018.
Berikutan gangguan yang sering dihadapi Sistem MyIMMs itu, seramai
214,398 daripada 912,374 warga asing tidak mempunyai rekod keluar dari
Malaysia setakat 15 April lalu.
Mengulas lanjut, Hamzah turut menyangkal dakwaan terdapat antara lima
hingga enam juta warga asing tidak memiliki dokumen berada di negara
ini.
"Setiap tahun tidak kurang 500,000 warga asing diperiksa dan daripada
jumlah itu, hanya kira-kira 20,000 atau kurang 20 peratus yang tidak
mempunyai dokumen," katanya.