KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata calon kerusi presiden tidak semestinya datang daripada golongan ulama atau mereka yang arif dalam soal mengeluarkan hukum agama.
Sebaliknya ujar beliau apa yang lebih penting adalah memiliki ciri kepimpinan.
Malah beliau mengingatkan perwakilan supaya tidak tersilap memilih
pemimpin bagi memastikan agenda parti dapat diteruskan bersama pakatan
pembangkang.
“Ketokohan daripada segi keagamaan tidak menjadi satu kemestian untuk
jawatan presiden. Jika ada, ia kelebihan dan jika tiada, (pilih) calon
yang memiliki ciri kepemimpinan, tapi jangan jahil dalam agama.
“Ustaz Hadi mungkin yang terbaik, tapi muktamar perlu pilih pemimpin atas dasar peranan yang perlu dimainkan.
“Jangan pilih atas dasar siapa yang 'fakeh' (faham agama) kerana
kelayakan itu ialah untuk pemilihan Majlis Syura Ulama,” katanya yang
dipetik daripada Berita Harian.
Ditanya samada Naib Presiden Datuk Husam Musa layak menggantikan Hadi,
Khalid berkata Husam mampu mengemudi PAS, sama seperti hadi serta Naib
Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Naib Presiden Ahmad
Awang.
Beliau berkata, pemilihan kepimpinan PAS setiap dua tahun dilakukan
atas dasar samada sudah terlaksana atau tidak matlamat yang ditetapkan
pada muktamar terdahulu.
"Sebagai contoh, muktamar dua tahun lalu memutuskan PAS memperkukuhkan
kerjasama dengan Pakatan Rakyat, sekarang kita perlu nilai di bawah
kepimpinan yang ada, adakah matlamat itu tercapai. Kalau tak tercapai,
sepatutnya muktamar kali ini kita tukar (pemimpin), cuba orang lain
pula," katanya lagi kepada akhbar itu.
1 comment:
Aku bukan parti mana mana dan aku cenderong pada pas kerana TGNA dan mereka mereka yg mengikutinya.PRU13 sungguh mengjutkan aku anak anak didik TGNA diletak ditempat untuk penyembelihan dihari dimana pisau dikeluarkan bagi upacara penyembelihan dg pisau bertatahkan"pil kuda" dan meletakkan calon jadi lawan 3penjuru. Hari ini aku boleh terima pas sekiranya HUSAM dijadikan tuang presideng, jika sebaliknya, aku jadi transformer MELUAT PAS.
Post a Comment