Ahad, 17 Oktober 2021

Saya guna 4 jin, jawapan KJ kepada kumpulan antivaksin


Susulan tindakannya memberi amaran keras kepada kumpulan antivaksin semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin diserang oleh golongan itu di dalam laman sosial, termasuk miliknya.

Bagaimanapun, Khairy ‘melayan’ kumpulan terbabit dengan sindiran tajam setelah beliau dituduh memakai tangkal syaitan bagi melindungi dirinya.

Menjawab tuduhan antivaksin itu, Khairy yang mesra dengan panggilan KJ berkata:

“Salah. Saya guna 4 jenis jin vaccine untuk melindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino.”

Jawapan beliau di dalam laman Instagram hari ini turut mengundang ulasan netizen yang sesetengahnya berpendapat memang wajar kumpulan antivaksin dilayan demikian.

Semalam, beliau dengan tegas memberi amaran kepada kumpulan antivaksin bahawa mereka tidak akan menikmati apa-apa kelonggaran sebagaimana diberikan kepada individu lengkap divaksin.

Ketegasan beliau dinyatakan apabila memberi peringatan:

“Kita akan menyusahkan hidup kumpulan antivaksin supaya mereka berterusan tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.”

“Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak divaksin.”

Sebelum itu, polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung tuduhan dibuat kumpulan antivaksin yang mendakwa berlaku kematian dalam kalangan pelajar sekolah dan guru setelah menerima suntikan vaksin.

Tiada ulasan: