Jumaat, 29 Oktober 2021

Pelepasan cukai pendapatan RM2,500 beli kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.

Di samping itu, beliau berkata, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 hari ini.

Tiada ulasan: