Sabtu, 30 Oktober 2021

10,000 pegawai, anggota PVR terima manfaat peningkatan elaun tugasan

 Oleh MASZUREEN HADZMAN

PETALING JAYA: Hampir 10,000 pegawai dan anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) bakal menerima manfaat peningkatan elaun tugasan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, peningkatan daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai manakala daripada RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota.

Jelas beliau, peruntukan itu merupakan komitmen kerajaan yang akan memberi motivasi dan semangat bagi lebih ramai ahli masyarakat untuk menyertai pasukan sukarelawan tersebut dalam memerangi jenayah.

“Di samping itu, PDRM turut menghargai bantuan khas kewangan sebanyak RM700 untuk kakitangan awam gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara kerajaan.

“Selain gantian cuti rehat (GCR) yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari serta segala bantuan yang diumumkan untuk penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Acryl Sani, perkara itu jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai khidmat bakti penjawat awam kepada negara dan merupakan penghargaan kepada pengorbanan petugas barisan hadapan.erdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM17 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi inisiatif pertahanan dan ketenteraman awam semasa pembentangan Bajet 2022.

Tiada ulasan: