Jumaat, 29 Oktober 2021

SPRM terima laporan Najib terhadap pengurus kanan Goldman Sachs berhubung isu 1MDB

 BERNAMA

SPRM dalam kenyataan semalam berkata pihaknya akan mengkaji dan meneliti laporan itu meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan daripada bekas perdana menteri Najib Razak terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM dalam kenyataan semalam berkata pihaknya akan mengkaji dan meneliti laporan itu meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan.

Najib semalam membuat laporan di ibu pejabat SPRM agar pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyoal dan mengekstradisi Leissner berkaitan isu 1MDB.

Tiada ulasan: