Khamis, 28 Oktober 2021

Zu Chongzhi 2.1 sistem komputer kuantum 10 juta kali lebih pantas


Ahli fizik China mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membina sistem pengkomputeran kuantum superkonduktor boleh diprogramkan terpantas di dunia.

Menurut kenyataan rasmi lewat semalam, sistem pengkomputeran kuantum, yang dipanggil Zu Chongzhi 2.1, mampu melakukan persampelan litar kuantum rawak berskala besar 10 juta kali lebih pantas daripada superkomputer sedia adadan terpantas.

“Pencapaian luar biasa ini menjadikan China negara pertama yang mencapai kelebihan pengiraan kuantum dalam dua laluan teknikal arus perdana – satu melalui teknologi pengkomputeran kuantum fotonik, dan satu lagi melalui teknologi pengkomputeran kuantum superkonduktor

Kajian itu dijalankan dibawah pengawasan ahli fizik kuantum terkenal China, Pan Jianwei dari Universiti Sains dan Teknologi China.

Jianwei berkata beliau mereka bentuk komputer kuantum superkonduktor boleh atur cara 66-kubit – kira-kira 10 juta kali lebih pantas daripada yang ada di dunia sekarang.

Dua skim teknikal utama yang digunakan dalam eksperimen untuk menunjukkan “kelebihan pengiraan kuantum” ialah pensampelan ‘Gaussian Boson Sampling (GBS)’ berasaskan cahaya, dan persampelan litar kuantum rawak berdasarkan bit kuantum superkonduktor atau qubit, tambah kenyataan akhbar itu.

Bit ialah unit terkecil di mana komputer tradisional menyimpan dan memproses data.

Sistem pengkomputeran kuantum menggunakan zarah kuantum untuk memberikan kelajuan yang luar biasa berbanding komputer tradisional.

Para penyelidik mengatakan bahawa Jiuzhang, sistem pengkomputeran kuantum berasaskan cahaya yang juga mereka cipta, boleh ‘menjalankan GBS berskala sebesar 100 trilion kali lebih pantas daripada superkomputer sedia ada dan terpantas di dunia sekarang ini’. – Agensi

Tiada ulasan: