Jumaat, 29 Oktober 2021

94.9% dewasa, 74% populasi lengkap divaksinasi

 MALAYSIA NOW

97.6% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

24,165,940 individu atau 94.9% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,431,328 atau 97.6% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 74% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.9% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 147,242 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 49,581,855.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 78.2% dan 72.7%.

Tiada ulasan: