Jumaat, 29 Oktober 2021

RM24 juta untuk tangani isu kekurangan zat

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi meningkatkan aspek kesihatan kanak-kanak dalam menyelesaikan isu kekurangan zat yang semakin membimbangkan terutama dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan untuk tahun hadapan itu bakal dimanfaatkan untuk memperluaskan program Community Feeding kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Sasaran program itu bagi menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia setahun hingga enam tahun.

"Kedua, kerajaan juga akan meluaskan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak dan ketiga, menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit membabitkan hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Tiada ulasan: