Jumaat, 29 Oktober 2021

PRN Melaka: 'Kerjasama Pas-UMNO, tunggu keputusan Ahad ini' - Kamarudin

Shuhada Abdul Kadir
PRN Melaka: 'Kerjasama Pas-UMNO, tunggu keputusan Ahad ini' - Kamarudin
Pas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu. - Gambar fail
 
MELAKA: Susulan keputusan Majis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan, Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek menjelaskan bahawa keputusan berhubung tawaran itu akan hanya dibuat oleh Pas Pusat pada Ahad depan.
 
Bagaimanapun tambahnya, Pas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu.
 
"Pada dasarnya Pas Negeri Melaka ucap terima kasih dengan perkembangan terbaharu dari UMNO.
"Tetapi kami perlu tunggu daripada respon Pas Pusat..tunggu Ahad ini," jelasnya secara ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
 
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka itu nanti.
 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor berkata, mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.

Tiada ulasan: