BERNAMA
Zahid berkata perkara itu akan dibincangkan bersama timbalan dan naib presiden Umno.
Pemilihan calon Umno yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya perkara itu akan diputuskan bersama dengan Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan naib presiden yang juga Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Ertinya kami bertiga bersetuju (calon yang akan dipilih) mestilah (individu yang) boleh menang, diterima dan disenangi pengundi,” katanya semasa menutup Pidato Piala Presiden Umno semalam.
Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata watikah pelantikan bagaimanapun tidak akan ditandatangani sekiranya calon terbabit tidak dipersetujui di peringkat BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan