Polis tak dapat ambil tindakan, rujuk Jabatan Kesihatan Negeri
PASIR MAS – Seramai 17 individu membuat laporan polis demi menegakkan hak individu yang enggan menerima vaksin COVID-19.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Nasaruddin Md Nasir memaklumkan, mereka membuat laporan secara berasingan antara Januari dan September.
Katanya, mereka adalah penduduk tempatan, berumur antara 30 hingga 50 tahun yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan berbeza latar belakang agama.
“Kami (polis) tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka dan akan merujuk laporan tersebut ke Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya seperti dilapor NST.
Semalam, dilaporkan bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan diberi vaksin dengan ‘terus menyukarkan hidup mereka’.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, mengatakan mereka yang tidak dapat divaksin kerana alasan kesihatan tidak akan terkesan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera.
Katanya, ketika ini golongan belum menerima vaksin tidak dibenarkan makan di restoran mahu pun memasuki pusat beli-belah, selain dijangka lebih banyak batasan akan ditetapkan kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan