Jumaat, 22 Oktober 2021

Mangsa langgar lari maut

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 76, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata mangsa Mail Naga, 28, beralamat di Kampung Iran Suai.

Katanya, mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 1.30 petang, dan sudah meninggal dunia.

"Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Batu Niah mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan badan," katanya.

Beliau berkata, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan kenderaan lain menyebabkan motosikal itu terbabas ke bahu jalan.

Katanya, saksi kejadian diminta melaporkan kemalangan itu ke balai polis berdekatan bagi memudahkan polis mengesan pelaku langgar lari.

Tiada ulasan: