Jumaat, 22 Oktober 2021

Siapa 'Dr Shafawati'?

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengesahkan mesej yang tular di media sosial mendakwa seorang doktor wanita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia akibat vaksin pada 3 September lalu sebagai berita palsu.

KKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesej tular kononnya seorang pakar bedah HKL bernama 'Dr Shafawati' meninggal dunia akibat vaksin turut dinafikan pihak hospital berkenaan.

"HKL menjelaskan tiada pakar bedah bernama 'Dr Shafawati' di hospital itu dan meninggal dunia seperti didakwa.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai berita tular yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, HKL dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan dakwaan itu adalah mesej palsu.

Tiada ulasan: