Isnin, 18 Oktober 2021

Utamakan BMF dalam kehidupan harian

Siti Hafidah

Ayuh bersatu hati perkukuh ekonomi Islam

BANGI – Pendirian teguh dalam memperjuangkan Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) mampu menyatukan orang Melayu tanpa mengambil kira latar belakang parti politik.

Atas dasar itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari mengajak pelbagai pihak melupakan sengketa lama dan bersatu hati menyokong kempen BMF.

“Saya menyeru kepada semua pihak. Marilah kita bersatu hati. Bersatu untuk kukuhkan semula ekonomi kita.

“Utamakan BMF dalam kehidupan harian,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Cikgu Izzat merasakan ketika ini orang Melayu berada dalam keadaan getir bahkan kelihatan terus terkebelakang secara halus.

“Biarkanlah ahli politik yang pentingkan diri sendiri.

“Tinggalkan mereka yang hipokrit dan lupakan sahaja mereka yang janji tak tepati,” katanya.

Kempen BFM dilancarkan bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam.

Kempen yang diusahakan sejak 2019 bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara.

Difahamkan, sehingga ke hari ini setiap mesyuarat antara NGO-NGO Islam sentiasa dan konsisten membincangkan agenda BMF.

Tiada ulasan: