Friday, May 1, 2020

Wujud kekeliruan dalam kenyataan BNM tentang moratorium – Menteri

Muhammad Azizul Osman
MGF01052020_MENTERI-KEWANGAN-RASMI-GKP11
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Geran Khas Prihatin di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Bangi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
 

BANGI – Terdapat beberapa kekeliruan tentang kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan semalam, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Justeru itu katanya, BNM dinasihatkan agar mempertingkatkan komunikasi dengan pelanggan bagi mengelakkan sebagai kekeliruan.

“Wujud kekeliruan dalam soalan lazim yang diberikan BNM. Jadi ilustrasi yang diberikan juga mengelirukan. Tapi tidak ada perbezaan dalam peruntukan itu.

“Apapun, pelanggan kena bayar faedah itu selepas ini, bukan tiada faedah. Pelanggan keliru samada ia akan didenda atau tiada faedah. Itu sebabnya ada kekeliruan dalam soalan lazim.

“Tapi dalam kenyataan BNM tidak ada penjelasan tapi pagi ini BNM ada beri penjelasan dan ia semakin jelas. Saya harap komunikasi antara bank dan pelanggan harus dipertingkatkan dari segi komunikasi,” katanya ketika merasmikan Sistem Geran Khas Prihatin di Menara Hasil Bangi, hari ini.

Semalam, BNM berkata, peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undang-undang ke atas moratorium.

BNM berkata, moratorium bertujuan untuk memudahkan aliran tunai peminjam yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

“Saya rasa BNM telah jelaskan dalam soalan lazim mereka yang jelas ialah faedah tetap terakru tetapi tidak dikompaun,” kata Zafrul lagi.

Awal hari ini, BNM mengakui terdapat kekeliruan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat oleh bank pusat itu semalam.

BNM berkata, penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam serta pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tujuan itu masih tidak berubah. -MalaysiaGazette

No comments: