UMNO ONLINE
KUALA
LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka
adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa
bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,”
katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment